Hadis 24 : Larangan Melakukan Kezaliman | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Dari Abu Dzar Al Ghifari RA dari Rasulullah SAW, sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahawa Dia berfirman: 

"Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menjadikannya haram sesama kamu. Maka janganlah kamu saling berlaku zalim. Wahai hambaku semua kamu adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah. Maka mintalah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu semua hidayah.

Wahai hambaku, kamu semua kelaparan kecuali siapa yang ku berikan kepadanya makanan. Maka mintalah makan kepada-Ku nescaya Aku berikan kamu makanan. Wahai hamba-Ku, kamu semuanya tidak berpakaian kecuali siapa yang aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku berikan kamu pakaian.

Wahai hamba-Ku, kamu semua melakukan kesalahan pada malam dan siang sedangkan Aku mengampuni dosa semuanya. Maka mintalah ampun kepada-ku, nescaya akan Aku ampuni.

Wahai hamba-Ku, sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kamu lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang dapat kamu berikan kepada-Ku. Wahai hambaku, jika sekiranya dari orang pertama di antara kamu hinggalah sampai orang terakhir dari kamu, sama ada manusia dan jin semuanya berada dalam keadaan paling bertakwa di antara kamu, nescaya hal tersebut tidak menambah kerajaan-Ku walau sedikitpun.

Wahai hamba-Ku seandainya jika dari orang pertama di antara kamu hinggalah orang terakhir dari golongan manusia dan jin di antara kamu, semuanya seperti orang yang paling durhaka di- antara kamu nescaya hal itu tidak mengurangi kerajaan-Ku walau sedikitpun juga. 

Wahal hamba-Ku, sekiranya dari orang pertama di antara kalian sampai orang terakhir semuanya berdiri di sebuah bukit lalu semua mereka meminta kepada-Ku, lalu setiap orang yang meminta Aku penuhi, nescaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebuah jarum yang dicelupkan ditengah lautan.

Wanai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kamu semua akan diperhitungkan dan kemudian akan diberikan balasannya. Siapa yang banyak mendapatkan kebaikan maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah. Siapa yang mendapati lain dari itu, maka janganlah dicela kecuali dirinya sendiri."(Riwayat Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Hadis Qudsi ialah apabila perawi hadis adalah Nabi SAW sendiri dan diriwayatkan percakapan atau perbuatan dari Allah SWT.

  2. Beza Quran & Hadis Qudsi:
    a. Al-Quran: lafaz dan makna dari Allah SWT. Hadis Qudsi pula: makna dari Allah SWT dan lafaz dari Nabi SAW.
    b. Al-Quran dikira ta'abbud membacanya dan dibaca dalam solat, setiap huruf diganjari 10 pahala. Sebaliknya Hadis Qudsi tidak.
    c. AI- Quran diberi jaminan tidak berubah, manakala Hadis Qudsi pula ada yang Sahih, Dhoif atau Maudho'.

  3. Hadis Qudsi & Hadis Nabawi
    Semua hadis Nabi SAW adalah wahyu yang di-ilhamkan dalam percakapan Baginda, kerana beliau ditaklifkan untuk menjelaskan al-Quran dan menetapkan syariat di bawah Naungan al-Quran. (Rujuk surah an-Najm. ayat 3)

  4. Definisi zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya/jahat/melampaui batas. 2 jenis zalim:
    a. Zalim pada diri sendiri - syirik, melakukan dosa besar dan kecil (al-Baqarah, ayat 231)
    b. Zalim terhadap yang lain - Banyak nas yang datang untuk melarang hal ini.

  5. Haramnya berlaku zalim
    a. Hadis ini menunjukkan haramnya bersikap zalim dalam apa bentuk sekali
    b. Beberapa janji Allah terhadap orang yang berlaku zalim; Surah al-Furqan, ayat 19 & Surah Hud, ayat 102.
    c. Sabar para Nabi/para sahabat adalah contoh terbaik

  6. Allah bersih dari berlaku zalim kepada makhluknya.
    a. Maksud Hadis: "Sesungguhnya Aku telah mengharamkan zalim ke atas diriku" ialah Allah tidak sekali-kali zalim terhadap hamba-hambanya.
    b. Perkara ini dijelaskan lagi dalam beberapa ayat. (Surah Qaf, ayat 29; Surah al-'Imran, ayat 108; Surah al-Fussilat, ayat 46; Surah an-Nisa', ayat 20)

  7. Seorang hamba amat berhajat kepada Kekayaan Allah SWT.
    a. Allah SWT yang memberi hidayah ketika hambanya memerlukan, memberi makan ketika hambanya berhajat, memberi pakaian dan mengampunkan dosa ketika berlaku silap. 
    b. Rujuk - Surah al-Kahfi, ayat 17; Surah Hud, ayat 6: Surah al-'Araaf, ayat 23; Surah as-Syu'araa', ayat 82.

  8. Fitrah manusia adalah menerima lslam
    a. Manusia dilahirkan dengan fitrah boleh menerima kebenaran. Sesiapa yang Allah bagi hidayah kepadanya ia akan dimudahkan untuk memperolehinya. Begitu juga sebaliknya.
    b. Minta diberi hidayah adalah satu tuntutan syarak. Lihat surah al-Fatihah, ayat 6, dan wajib berusaha mengambil asbab (mencari jalan) untuk sampai kepadanya.

  9. Memohon ampun dari Allah SWT
    Kita disuruh memohon ampun dari Allah dari segala dosa dan kesalahan, kerana Rasulullah SAW sendiri sentiasa beristighfar tidak kurang dari 100 kali sehari.

  10. Allah tidak berhajat kepada makhluknya
    a. Tidak ada satu pun makhluk yang mampu memberi kesan sama ada manfaat atau mudhorat kepada Allah SWT. Rujuk Surah al-'Imran, ayat 3 & Surah Al-Hajj, ayat 37.
    b. Allah mewajibkan hambanya untuk taat dan bertaqwa kepadaNya, malah Allah murka terhadap maksiat hamba dan tidak redha dengan kekufuran


  11. Khazanah Allah tidak akan habis
    Pemberian Allah kepada semua hambanya tidak akan mengurangkan sedikit pun khazanah Allah SWT walaupun pemberian tersebut bermula dari yang awal dan yang akhir di kalangan manusia dan jin.

  12. Amalan yang dikira
    a. Balasan baik adalah bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, sebaliknya akibat buruk bagi mereka yang kufur dan berbuat maksiat. Lihat Surah al-Zalzalah, ayat 8; surah al-Kahfi, ayat 49; surah al-Mujadalah, ayat 6.
    b. Ada Mukmin yang kelihatan terkena kehinaan di dunia dan tetapi dia ditangguhkan amalan baiknya di akhirat kelak. Manakala ada kafir yang disegerakan nikmat di dunia dan ditangguhkan kejahatannya di akhirat kelak.

  13. Pujian untuk Allah atas kebesaranNya
    a. Apabila dikurniakan kebaikan disebabkan amal soleh maka hendaklah memuji Allah; Surah an-Nahl, ayat 97. 
    b. Sekiranya ditimpa musibah atas kesalahan, hendaklah mencela diri sendiri dan beristighfar memohon ampun dan bertaubat kepadaNya. Surah as-Sajadah, ayat 21.
    c. Ahli Syurga memuji Allah atas nikmat kurniaanNya, surah al-A'raf, ayat 43.
    d. Manakala ahli neraka mencela diri sendiri, surah lbrahim, ayat 22.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)