Hadis 5 : Bidaah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, maka ia tertolak."

(Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)

Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak.

Pokok Perbincangan Hadis

  1. Urusan (amr, kerja) terbahagi kepada 2 jenis :

    a. Urusan Dunia - Contohnya kisah sahabat mendebungakan pokok kurma mereka. Kemudian mereka meninggalkan kerja itu selepas disebut oleh Nabi SAW. (Sila rujuk hadis ini dengan terperinci).
    b. Urusan Agama - Contohnya ketika zaman Saidina Umar RA, para sahabat telah menunaikan solat terawih masing-masing. Lalu demi untuk mengelakkan pandangan musuh umat Islam yang mungkin mengatakan umat telah tidak bersatu, maka Umar RA telah menyuruh mereka melakukannya secara berjemaah.

    Di dalam hadis ini disebutkan dengan 'amruna = urusan kami = urusan deen. Dalam masa yang lain disebut 'amru ad-dunya = urusan dunia.

  2. Larangan mengada-adakan sesuatu di dalam urusan agama :

    a. Dalam Ibadah :
    1) Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadah tertentu tidak semestinya ia boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (Contohnya mendedahkan kepala semasa ihram, berdiri semasa azan dan lain-lain).
    2) Ibadah yang langsung tidak syar'ie (seperti yang disertakan dengan hiburan dan tarian atas alasan menarik orang ramai), maka ianya tidak diterima oleh Allah SWT.
    3) Menokok tambah dalam ibadah yang disyariatkan (Contohnya, tambah rakaat dalam solat fardhu atau mengambil wudhu' empat-empat kali).
    4) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan (mengurangkan rakaat dalam solat).

    b.  Dalam Muamalat :

    Aqad yang dilarang oleh Syara' :
     1) Barang yang hendak diaqadkan adalah tidak halal (seperti bernikah dengan mahram).
     2) Aqad pada barang yang diharamkan (arak/bangkai).
     3) Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak (nikah anak perempuan tanpa izin walinya).
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments