Hadis 23 : Kebersihan, Zikir, Solat, Sedekah, Sabar & "Pelaburan Diri" | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Abu Malik Al Haritsy bin 'Ashim Al Asy'ari RA dia berkata: Rasuluhan SAW bersabda: "'Tuhur ( Kebersihan) setengan dari Iman, Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah dapat memenuhi - atau keduanya dapat memenuhi - antara langit dan bumi, Solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalan sinaran, Al Quran dapat menjadi hujjah untukmu atau ke atasmu. Semua manusia berangkat pada pagi-pagi, ada yang menjual dirinya (dari kehinaan dan azab) dan ada juga yang menghancurkan dirinya." (HR Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. 'Tuhur' adalah sebahagian dari iman. Apakah maksud tuhur? (terdapat pelbagai pendapat ulama' mengenai ertinya). Antaranya:
    a. Pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
    b. Meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl, ayat 56).
    c. Bersih dari hadas besar dan kecil sama ada dengan air atau tayammum dan yang dikehendaki iman itu ialah solat.
    d. Wudhu' - menghapuskan dosa-dosa kecil.

  2. Galakkan mengingati Allah SWT:
    a. Kalimah "Walhamdulillah tamla'al Miizan wa Subhanallah walhamdulillah tamlaa'aani au tamlau'u Maa bainas Samaa'l wal Ardh"
    b. Besarnya ganjaran pahala disediakan hanya dengan menyebut beberapa kalimah ini. Kedua kalimah ini adalah antara zikir yang tinggi nilainya
    c. Hadis Nabi SAW: "Dua kalimah yang ringan pada sebutan lidah tapi berat pada timbangan dan dikasihi oleh Ar-Rahman iaitu Subhaanallah wabihamdihi, Subhaanallahil 'adzim".
    d. Rujuk Surah al-Anbiya', ayat 47 & Surah al-Mukminun, ayat 103-104. Ayat- ayat ini menunjukkan kewujudan al-Mizaan. Ahli Sunnah mewajibkan kita beriman dengan al-Mizaan. la boleh dilihat dengan mata kasar nanti pada hari akhirat.

  3. Solat adalah Cahaya
    a. Dicampak ke dalam hati orang yang solat nur hidayah yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.
    b. Di dunia ini, Allah SWT akan jadikan cahaya pada wajah-wajah mukmin (Surah al-Fath, ayat 29).
    c. Cahaya di akhirat akan diberikan Allah kepada hambanya (Surah al- Hadid, ayat 12).

  4. Sedekah sebagai dalil dan bukti:
    a. Nafsu manusia memang cintakan harta (Surah al-'Imran, ayat 14 & Surah al-Fajr, ayat 20)
    b. Mujahadah hatinya antaranya ialah melawan kebakhilan. Lalu mukmin pun bersedekah. la akan menjadi hujjah ke atas iman di hari kiamat.

  5. Sabar sebagai Dhiya' (pancaran). la adalah ibarat Cahaya Matahari yang memberi bahang kepanasan dan boleh membakar. la berbeza dgn cahaya bulan (Nur) yang hanya menerangi tanpa membakar.

  6. Kesabaran:
    a. Adalah sesuatu yang sukar bagi jiwa.
    b. la memerlukan mujahadah dan penguasaan diri serta menyekat hawa nafsu dari keinginannya.
    c. Sabar para Nabi/para sahabat adalah contoh terbaik

  7. Sabar yang Terpuji ialah:
    a. Sabar dalam melakukan ketaatan
    b. Sabar dalam meninggalkan maksiat 
    c. Sabar dalam menerima ketentuan takdir

  8. Sabar yang paling afdhal ialah puasa. Kenapa?
    a. Kerana menghimpunkan ketiga-tiga jenis kesabaran.
    b. Di dalam Hadis Sahih disebutkan: Puasa untuk Allah dan Allah akan membalasnya, kerana seseorang hamba itu meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaNya.
    c. Nabi SAW menamakan Bulan Puasa sebagai Bulan Kesabaran.
    d. Puasa adalah separuh (nisfu) Sabar 

  9. Menjual diri dan membebaskan diri adalah simbolik kepada meletakkan diri sendiri kepada tempat yang diredhai Allah atau dimurkai Allah. Menjual diri sendiri adalah tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya semua kita membebaskan diri dari neraka dan siksa Allah SWT.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments