Hadis 18 : Takwa Dan Taubat | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Pokok Perbincangan Hadis
  1. Taqwa adalah wasiat Allah yang agung:
    a. Untuk orang-orang terdahulu dan kemudian (Surah An-Nisa' ayat 131)
    b. Nabi SAW memulakan khutbahnya dengan wasiat ini iaitu dengan taqwa (Surah Ali-Imran ayat 102, Surah An-Nisa' ayat 1 dan Surah Al-Ahzab ayat 70)

  2. Maksud Taqwa:
    a. Sesuatu yang diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, pembalasanNya dan azabNya.
    b. Juga termasuk dalam ertikata taqwa ialah melakukan perkara wajib dan meninggalkan yang haram.

  3. Kelebihan sifat Taqwa:
    a. Orang yang mempunyai sifat taqwa ini akan mewarisi syurga.
    b. Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah SWT terhadap hambaNya.
    c. Dibuka semua pintu barakah yang berada di langit dan di bumi.
    d. Janji Allah SWT, pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertakwa.
    e. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
    f. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.

  4. Taqwa yang dikehendaki:
    a. Ketika sunyi dan juga terang-terangan dengan sentiasa merasai sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT.
    b. Jika tidak merasai muraqabah Allah walaupun dalam satu ketika, ini bererti ada penyakit hati (Surah An-Nisa' ayat 108)

  5. Maksud 'perkara yang baik yang memadamkan yang jahat':
    a. Setengah pendapat mengatakan "hasanah" di dalam hadis ini bermaksud taubat (Surah An-Nisa ayat 17)
    b. Maksud taubat yang dikehendaki iala "Taubat Nasuha". Ini adalah mengikut jumhur ulama (Surah Al-Furqan ayat 69)
    c. Hanya dosa-dosa kecil sahaja yang terhapus dengan amalan yang baik. Dosa besar hanya akan terhapus dengan taubat nasuha dan bukannya dengan amalan-amalan tanpa taubat.
    d. Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa.
    e. Antara tanda sempurnanya iman seseorang itu ialah tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.

  6. Cara memperelokkan akhlak:
    a. Mengambil qudwah dari Nabi SAW.
    b. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah SWT, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat (Surah Al-Ahzab ayat 21)
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments