Tentang Sujud

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Sujud ertinya meletakkan dahi di atas tempat sujud. Sujud ialah rukun sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa sujud. Sujud yang diwajibkan di dalam solat ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk antara dua sujud.

Sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki ketika baginda mengajarnya cara sujud yang betul.

“Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu toma'ninah  dalam keadaan sujud, kemudian kamu bangun dari sujud sehingga kamu toma'ninah dalam keadaan duduk, kemudian kamu sujud kembali sehingga kamu toma'ninah dalam keadaan sujud…” (Hadith Syaikhan)

Sujud Wajib dengan 7 Anggota

Sabda Nabi SAW yg bermaksud :

 “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu dahi, baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Hadith Syaikhan)

  • Jari-jari kaki hendaklah dilipatkan sehingga mengadap arah kiblat.
  • Wajib tujuh anggota ini kena pada lantai.
  • Dalam tujuh anggota ini hanya dahi sahaja tidak boleh berlapik ketika sujud dengan suatu yg kita pakai seperti rambut, kopiah, tudung, ekor serban, ridak dan telekung. Jika berlapik dahi dengan contoh-contoh tadi sehingga tidak kena bahagian dahi sedikit pada lantai maka sujud tidak sah dan jika tidak diulangi sujud maka tidak sah sembahyang. 
  • Sunat kenakan hidung pada lantai ketika sujud tetapi tidak wajib.
  • Sunat turun sujud dengan meletakkan lutut dahulu kemudian tangan kemudian dahi dan bila naik dari sujud sunat angkat dahi dahulu kemudian tangan kemudian lutut. 
Wail bin Hujrin RA berkata:

“Aku telah melihat Nabi SAW bila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya sebelum dua lututnya” (Hadith Abi Daud)

Sunat-sunat yang lain ketika sujud ialah:
  1. bertakbir tanpa angkat tangan,
  2. letak tangan dilantai setentang dengan dua bahu,
  3. semua jari menghadap kiblat dalam keadaan rapat,
  4. siku direnggangkan dari rusuk dan diangkat lengan dari lantai,
  5. kedudukkan dua kaki berjarak sejengkal iaitu jarak yang sama seperti sedang qiam,
  6. melipatkan semua jari kaki menghadap kiblat,
  7. dan sunat membaca tasbih sujud sebanyak 3 kali dan juga berdoa didalam sujud.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud,

“Ketika yang paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud. Oleh demikian, hendaklah kamu banyakkan berdoa (ketika sujud)” (Hadith  Muslim)


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments