Tentang Niat Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi SAW; 

“Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya”.

Bagaimana Cara Berniat bagi Solat Fardhu?

  • Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita;
    1. Kehendak untuk mengerjakan solat
    2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu
    3. Menentukan mana satu solat fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya.
    4. Jika kita berjemaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain.
  • Contoh niat yg wajib "sahaja aku sembahyang fardhu subuh makmum"
  • Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie.
  • Jika tidak melafazkan niat pada lidah, solat tetap sah.

Bagaimana Cara Berniat bagi Solat Sunat?

  • Solat sunat ada dua jenis;
    1. Solat sunat yang tidak berwaktu atau bersebab (iaitu solat sunat mutlak)
    2. Solat sunat berwaktu dan bersebab; contohnya; solat sunat Dhuha, solat sunat Qabliyah atau Ba’diyah, solat sunat Kusuf (gerhanan), solat sunat hari raya dan sebagainya.
  • Bagi jenis pertama, memadai dengan kita berniat di dalam hati kehendak untuk mengerjakan solat.
  • Adapun bagi jenis kedua (yakni solat sunat berwaktu dan bersebab), niatnya hendaklah merangkumi;
    1. Kehendak hati untuk mengerjakan solat
    2. Meniatkan jenis solat solat yang hendak dikerjakan.
Contohnya; jika kita ingin mengerjakan solat Dhuha, maka niatkan di dalam hati keinginan kita untuk mengerjakan solat dan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu ialah dhuha.

Bilakah Masanya Kita Perlu Menghadirkan Niat?

  • Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir.
  • Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir.
  • Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie.
  • Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments