Kisah Tukang Kasut Bertaubat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Imam Abu Hanifah RA ketika di Kuffah memiliki jiran seorang pemuda tukang kasut. Pemuda itu bekerja sepanjang hari, malam harinya ia baru pulang ke rumah. Dari  tempat kerjanya, terkadang ia membawa daging untuk dimasak, kadang pula ikan yang dibawa untuk dipanggang.

Sayangnya, ia  seorang yg suka minum minuman keras. Pada satu ketika sedang dia mabuk, tak terasa ia sering berkata dengan suara agak kuat, “Mereka mengabaikan aku, tidak tahukah siapa yang mereka sia-siakan. Dialah pemuda yang selalu berjaga di perbatasan di hari-hari yang mencekam.” (pemuda ini merasa tidak diperhatikan oleh jiran-jirannya)

Ketika mabuk, kata-kata tersebut diulangnya terus menerus sambil minum. Ia tidak sedar bahawa Imam Abu Hanifah RA tiap hari mendengarkan dan memperhatikan tingkah pemuda ini.

Suatu malam di saat Imam Abu Hanifah RA menyelesaikan solat malamnya, suara pemuda itu tidak lagi terdengar. Beliau pun bergegas mencari tahu kemana pemuda tersebut. Di tengah jalan ada yang memberi tahu bahawa si pemuda telah ditahan penjaga keselamatan beberapa malam yang lalu untuk dan dimasukkan ke dalam penjara. Syariat Islam berlaku, bahawa seorang pemabuk akan dikenakan hukuman.

Maka esok harinya setelah menyelesaikan Solat Subuh, beliau naik ke atas keledainya untuk menemui Amirul Mukminin. Saat bertemu dengan 'Amir, beliau ditanya, “Ada apa engkau ke sini wahai imam?”

Beliau menjawab, “Begini 'Amir, aku mempunyai jiran tukang kasut. Ia ditahan oleh petugas sejak beberapa hari lalu. Aku bermaksud memintamu untuk membebaskannya.”

Sebab diminta oleh seorang ulama terpercaya, 'Amir pun mengabulkannya, ia akhirnya dibebaskan.

Dalam perjalanan pulang Imam Abu Hanifah RA masih naik keledainya, sedangkan pemuda itu ikut berjalan  di belakangnya. Setelah sampai rumah, Imam Abu Hanifah RA bertanya penuh selidik kepadanya, “Eh nak, betul ke kami mengabaikan kamu?”

“Tidak, bahkan kamu menjaga dan memperhatikanku.” jawabnya sambil tersenyum malu.

“Terima kasih sudah menjadi jiran yang baik ya.” katanya. Setelah kejadian tersebut, pemuda itupun bertaubat, ia tidak lagi minum arak seperti dulu lagi.

Kisah ini disebutkan oleh Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Al-Baghdad. Menceritakan sebuah contoh dakwah dari Imam Abu Hanifah RA menghadapi seorang pemuda pemabuk. 


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments