Hadis 33 : Bukti & Sumpah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Ibnu Abbas RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya semua manusia diberikan mengikut dakwaan mereka (setiap pengaduan manusia diterima pakai dan dipenuhi), nescaya setiap orang akan mendakwa dan meminta harta dan darah sesuatu kaum. Kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka: pendakwa perlu mendatangkan bukti dan pengingkari dakwaan pula perlu bersumpah." (Hadith hasan riwayat Baihaqi dan lainnya yang sebagiannya terdapat dalam As Sahihain)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Kedudukan hadis ini sangat tinggi dalam sistem kehakiman Islam. Syeikh Ibnu Daqiq al-Eid menganggap hadis ini adalah salah satu dari usul (prinsip) hukum Islam terutama dalam kes pertelingkahan.

  2. Terdapat beberapa jenis saksi;
    a. Saksi kes zina: hanya diterima 4 orang saksi lelaki yang adil
    b. Saksi kes bunuh, curi, arak dan tuduhan (qazaf): mestilah 2 saksi lelaki yang adil
    c. Jualbeli, hutang, sewaan dan lain-lain: mestilah 2 orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan 2 orang saksi perempuan.
    d. Masalah-masalah wanita seperti susuan, kelahiran dan dara 'virgin': hanya diterima saksi perempuan sahaja.

  3. Hujah dan saksi pendakwa lebih didahului dari saksi yang didakwa.
    - Contohnya: Selepas berlaku pendakwaan, hakim akan bertanya kepada yang didakwa: "Adakah anda mengaku?". Jika mengaku, dihukumkan dengan pengakuannya. Jika dia tidak mengaku, hakim akan bertanya pendakwa untuk mendatangkan bukti. Jika ada bukti, akan dihukumkan berdasarkan bukti walaupun yang didakwa bersumpah. Jika pendakwa tiada saksi, maka yang didakwa akan bersumpah. Jika telah bersumpah, maka selesailah kes ini.

  4. Pengecualian dari "sumpah diterima bagi yang mengingkari" (tidak diterima): Kes li'an dan lain-lain.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments