Sifat-sifat Malaikat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Berikut adalah sifat-sifat malaikat secara umum :
  1. Diciptakan daripada nur (cahaya).
  2. Tunduk, patuh dan bersifat taat serta berbakti pada Allah SWT.
  3. Tidak mempunyai jantina sama ada lelaki mahupun perempuan.
  4. Tidak memerlukan makan, minum atau segala keperluan fizik yang lain.
  5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat. Oleh itu, jumlahnya tidak bertambah atau berkurang.
  6. Bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh manusia biasa.
  7. Tidak pernah mengingkari Allah SWT atau berbuat dosa kepadaNya.
  8. Hanya mengerjakan apa yang diperintahkan (bersifat taat semata-mata).
  9. Diciptakan oleh Allah SWT dengan tugas-tugas tertentu.
Perlu diingat, sekalipun sebilangan malaikat diberi amanah untuk melaksanakan tugas tertentu, bukan bermaksud pergantungan Allah SWT kepada mereka bahkan pengagihan tugas itu tidak lain hanya menunjukkan betapa Maha Agung Allah SWT sebagai Pencipta serta Maha Berkuasa dalam menundukkan dan memberi perintah ke atas makhluk ciptaan-Nya. Bahkan, Allah SWT adalah Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu pun dalam urusanNya, baik sebagai Pencipta mahupun dalam mentadbir urusan makhlukNya.

Dipetik dari 11 Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat karya Marzuki Mohd Noor El-Feringhati >Dapatkan buku ini di Shopee: RM24 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments