#DiariMesirUstazAfdhal : Syeikh Dr Hassan Hitou

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


" ustaz, minggu ni ustaz anam nak buka kitab usul fiqh untuk kami. Al Wajiz. Nak join?"

" Al Wajiz Usul Fiqh Syeikh Wahbah Zuhaili ke?"

" bukan ustaz, Al Wajiz Syeikh Hassan Hitou"

" Ouh, banyak lagi Al Wajiz ana tak tahu ni haha"

Syeikh Dr Hassan Hitou Al Azhari Hafizahullah, Ulama Dari Syria. Guru di Kuwait dan mempunya madrasah di Indonesia dan penasihat yayasan halal di German.

Unik bila teliti Riwayat hidup dia, himmah beliau untuk belajar di Azhar, berlaku konflik dalaman antara beliau dan kelurga yang lebih prefer untuk beliau terjun ke bidang kejuteraan di German. Ketika dia memilih untuk masuk kuliah syariah di Universiti di Syria pun tidak dipersetujui kedua orang tuanya.

Dikatakan berlaku pertemuan beliau dengan Syeikh Ramadhan Al Bouti Rahimahullah untuk bertanya "boleh ke belajar ke azhar tanpa restu orang tua"

Tekad beliau menyebabkan beliau sampai juga ke Kaherah, namun ia tidaklah semudah alif ba ta. Syeikh Hassan Houti ketika itu perlu melalui ujian kemasukan dan ketika itu beliau tiada asas ulum syara' yang baik menyebabkan beliau gagal untuk masuk tetapi itu tidaklah menjadikan beliau putus asa dan akhirnya berkat usaha,kini beliau antara tokoh azhari yang besar sumbangannya, antara projek yang beliau sedang usahakan adalah ensiklopedia lengkap fiqh bernama "Assyamil" sasaran 160 jilid setiap jilid 400 halaman. Kini dah siap 60 jilid. Tabarakallah!

Begitulah. Kerajinan dan Kesungguhan akan mengalahkan bakat dan kepandaian.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments