#DiariMesirUstazAfdhal : Musibah Su'ubah dan Rahmah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Dalam kelas Bahasa Arab sedang berbincang topik berkenaan Watan Arab, guru kami pun cerita la sedikit berkenaan Mesir.

" Mesir terdiri dari 3 Huruf : م ص ر , huruf م bermaksud "musibah" , ص membawa maksud "Su'ubah" (Kesusahan) , ر bererti "Rahmah" , itulah negara kami , kamu akan merasai kesusahan, kamu akan ditimpa musibah tapi yakinlah akan ada rahmah menanti kamu"

sambil sambil gelak satu kelas yang terdiri dari 3 pelajar malaysia , 1 indonesia , 1 turki , 2 Amerika , 2 Uzbekistan.

Saya turut gelak sama , tapi jauh dalam hati ia sebenarnya nasihat yang besar buat diri saya. Ternyata keberkatan sebuah perjuangan bukan terletak pada hasilnya semata-mata tapi ia berkait rapat dengan proses dan cara kita mencapainya.

Kesusahan dan Kesabaran adalah tarbiyah besar dalam realiti hidup manusia dan itulah nilai tambah sebagai PERANTAU. Alhamdulillah lebih sebulan disini tapi masih takut takut untuk berhadapan dengan orang mesir , masih kalut untuk jawab pertanyaan arab , masih perlu berteman untuk kemana mana. Belum mencapai makam sepatutnya lagi , moga Allah pandu lagi.

Sebulan disini , ternyata banyak lagi nilai nilai positif yang ada dibumi Mesir ini . Namun ia masih tersembunyi disebalik debu debu keserabutan masyarakat yang memerlukan kepada kaca mata husnuzon dan positif tapi secara peribadi, sebenarnya kehidupan orang disini mirip sekali di Malaysia , dan mungkin semua negara islam. Jahat Baik sentiasa ada , yang beradab dan tiada adab sentiasa ada. Yang tidak kenal agama dan yang mengenal agama sentiasa ada.

benarlah , Allah tidak melihat kepada bangsa kita apa . tapi apa yang ada di dalam hati kita . Arab tanpa islam sama sahaja seperti melayu tanpa islam. Islam sifatnya syumul menyentuh semua warna kulit.

Dari kefahaman ini membuatkan saya lebih concern tentang bagaimana akhlak dan interaksi pelajar Malaysia , kita terkenal dengan bangsa beradab dan maju dimata masyarakat arab dan dunia islam , orang mesir yang berpendidikan memang pandang tinggi dengan negara kita terutama Mahathir la . haha.

Moga pelajar malaysia disini dapat menjadi qudwah islam buat semua. Jadilah muslim yang memberi manfaat buat orang lain.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments