5 Tips Menjauhi Maksiat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Berikut dikongsikan beberapa amalan yang mampu dijadikan pedoman dalam menguatkan mujahadah dalam diri.
  1. Berhenti mengakses website yang merangsang nafsu. Hal ini termasuklah menahan diri daripada sebarang bentuk komunikasi di lama sosial yang mendorong kepada pertemuan, perbualan dan peringkat seterusnya, Nauzubillah.
  2. Berkahwin bukan jalan penyelesaian kepadan runtutan nafsu. Jika 'roh' zina masih kuat dalam diri, hubungan seks haram tetap boleh berlaku di luar pengetahuan pasangan kerana sudah terbiasa dengan tabiat lama seperti melanggan pelacur atau berkunjung ke pusat urut. Oleh itu, cara terbaik adalah berpuasa dan menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah. 
  3. Memilih kawan. Apabila bersahabat dan akrab dengan orang yang soleh, akan terasa impaknya. Tidak sembang merapu dan lagha. Fokus hidup hanya terarah kepada akhirat yang membahagiakan. Elakkan diri dalam suasana sunyi, terlalu kecewa, baran atau emosi negatif yang membuatkan diri memberontak dan cenderung mahu melakukan kejahatan.
  4. Menulis diari hidup dan sentiasa membuat penilaian. Setiap dosa yang dilakukan juga dicatatkan. Apabila ada catatan dosa, automatik jiwa rasa tak selesa. Dari situ terbit azam untuk mencantikkan diari kisah hidup dengan amalan mulia.
  5. Memperbanyakkan doa untuk kesejahteraan hidup. Ia termasuk meminta orang soleh mendoakan kita. Sentiasa berusaha mencari waktu untuk muhasabah dan koreksi diri.
Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments