Hadis 32 : Larangan Membuat Kemudaratan | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Abu Sa'id, Sa'ad bin Sinan Al Khudriyy RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak boleh membuat perbuatan mudharat dan tidak boleh membalas mudharat terhadap orang lain dengan satu kemudharatan". 

(Hadith hasan diriwayatkan oleh lbnu Majah dan Daruqutni serta lainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwattho' secara mursal dari Amr bin Yahya dari bapaknya dari Rasulullah SAW, dia tidak nenyebutkan Abu Sa'id. Akan tetapi dia memiliki jalan-jalan yang menguatkan sebagiannya atas sebagian yang lain)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Perbezaan antara Dharar dan Dhiraar
    a.  Dharar: memulakan membuat suatu yang bahaya dan memberi mudarat kepada orang lain
    b. Dhiraar pula ialah membalas kepada seseorang dengan melakukan suatu yang memudaratkan.
    c. Setengah ulama': tiada bezaa ntara keduanya. Diulang untuk menunjukkan penyungguhan sahaja.

  2. Ianya sangat berkaitan dengan hadis yang melarang perbuatan zalim sesama manusia dan sesama makhluk (Hadis 24).

  3. Antara contoh melakukan dharar ke atas orang lain ialah:
    a. Menetapkan wasiat mirath tidak mengikut ketetapan syarak dengan niat menyakiti.
    b. Ruj'ah dalam nikah. Hingga tergantung isteri berbulan-bulan lamanya.
    c. Ila' isteri - bersumpah tidak mahu bergaul dengan isteri
    d. Susuan - isteri tidak mahu menyusui anaknya kerana mahu menyakiti suaminya.
    e. Jual beli - jual beli tidak jelas barangan atau harga dan lain-lain.

  4. Ulamak Fiqh telah menggunakan hadis ini dalam menetapkan banyak kaedah-kaedah fiqh (legal maxim). Antaranya ialah:
    a. Al-Dharar yudfa' biqadril-imkan
    b. Al-Dharar yuzaal
    c. Al-Dharar al-Asyadd yuzaal bi-dharar al-akhaff

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments