Hadis 31 : Zuhud | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi RA berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata: Maksudnya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.” 

(Riwayat Ibn Majah no. 4102 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Erti Zuhud
    a. Pengertian dari segi Bahasa ialah menjauhkan, merasai kecil dan hina dan merasai tidak perlu kepada sesuatu. Manakala dari segi istilah, melawan keinginan dan rasa suka pada dunia.
    b. Kata lbnu Qayyim: Zuhud ialah tinggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat untuk akhirat kita. Wara' pula ialah meninggalkan sesuatu yang dirasai akan mengganggu akhirat. (Madarij As-Salikin)
    c. Sufyan Al-Thauri: Zuhud ialah memendekkan angan-angan, bukannya dengan memakan atau memakai apa-apa yang kasar.

  2. Menurut Imam Ahmad dari kitab Madarij Al-Salikin, Zuhud terdapat 3 tingkatan:
    a. Zuhud Awam - Meninggalkan semua yang haram.
    b. Zuhud Khas - Meninggalkan suatu yang berlebih-lebih yang halal.
    c. Zuhud Arifin- meninggalkan suatu yang melalaikan manusia dari Allah SWT.

  3. Cara meraih sifat zuhud ialah;
    a. Apabila kuatnya iman dan merasai ketakutan terhadap qiyamat.
    b. Merasai dunia akan menganggu hatinya dari mengingati Allah SWT.
    c. Memahami dunia ini tidak akan dicapai kecuali dengan penat dan terpaksa memberi banyak pengorbanan. Semuanya sia-sia jika bukan kerana dakwah, jihad, menuntut ilmu dan ibadat khusus.
    d. Membaca ayat-ayat dan hadis yang mencela dunia.

  4. Zuhud 'mengada-ngada' iaitu bid'ah ialah;
    a. Zuhud yang tidak mengikut Sunnah. Contohnya tidak mahu berkahwin kerana ingin zuhud atau tidak mahu bekerja kerana ingin zuhud.
    b. Kata Junaid: Jangan menggangguimu zuhud dari 3 perkara: bekerja, mempelajari hadis dan berkahwin.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments