بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Daripada Abi Tsa’labah al-Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda : Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meinggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.”
[Riwayat al-Baihaqi no.20217 dalam al-Sunan al-Kubra dan Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya (9/17)]
Pokok Perbincangan Hadis
- Hukum terbahagi kepada empat:
a. Perkara yang difardhukan
b. Perkara yang diharamkan
c. Hudud
d. Perkara yang didiamkan (tidak jelas hukumnya) - Hudud - Boleh diertikan dalam tiga maksud:
a. Yang dilarang daripada melampauinya dalam semua perkara yang diizinkan baik wajib, sunat atau harus (Rujuk surah at Talaq, ayat 1; surah al-Baqarah, ayat 229 dan surah an-Nisa ayat 13-14)
b. Perkara-perkara yang diharamkan (Rujuk surah al-Baqarar 187)
c. Hukuman yang ditetapkan oleh syarak ntuk mencegat daripada perkara-perkara haram yang berat seperti zina mencuri dan minum arak - Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi perintah Allah SWT, sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis ini mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.
- Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
- Di samping itu, Allah SWT juga tidak menyebutkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah SWT berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebaga rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara yang tidak disebutkan (didiamkan oleh Nabi) adalah harus, iaitu boleh dilakukan.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments