بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.png)

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW
"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Nabi SAW menjawab:
"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."
Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”
Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:
“Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”
Kemudian baginda bersabda
“Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)
Pokok Perbincangan Hadis
- Amalan adalah sebab untuk kemasukan ke syurga
a. Bukanlah amal yang memasukkan seseorang ke dalam syurga
b. Tetapi 'sebab' di sini ialah dalam erti untuk mendapatkan rahmat Allah yang boleh memasukkannya ke dalam syurga. (hadis Imam Bukhari: amal seseorang tidak dapat menyelamatkan seseorang) - Masuk syurga adalah suatu yang besar. Kerana itu Nabi SAW mengatakan: "Engkau bertanya suatu yang besar." Begitu juga selamatnya dari neraka adalah suatu yang besar.
- Taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah semata. Kerana itu Nabi SAW bersabda: "..ianya mudah bagi orang yang dimudahkan Allah."
- Nabi SAW menyebutkan rukun Islam di dalam hadis ini. la menunjukkan bahawa pelaksanaan rukun Islam tersebut adalah syarat untuk memasuk syurga.
- Abwab al-khair iaitu pintu-pintu kebaikan adalah perkara-perkara yang digalakkan dan disunatkan untuk dilakukan sebagai tambahan.
- Sedekah dapat memadamkan kejahatan. Kejahatan yang dimaksudkan ialah perkara dosa kecil yang tidak berkaitan dengan harta dan hak manusia.
- Solat pada waktu malam ialah qiyamullail.
- Cara Nabi SAW menggunakan ayat: ".. mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara..", adalah cara untuk menarik perhatian pendengar.
- Syahadah adalah pintu masuk kepada Islam. Seorang muslim harus mengakui kalimah ini secara zahir dan batin.
- Solat pula adalah amalan yang akan mendekatkan muslim kepada Allah.
- Jihad adalah zurwah/zirwah (kemuncak) kepada agama kerana dengannya agama menjadi tinggi dan menonjol. la adalah sebaik-baik amalan selepas amal fardhu.
- Hadis Imam Bukhari dari Abu Hurairah RA: Nabi SAW ditanya apakah amalan yang dapat menyamai jihad? Nabi SAW menjawab: "kamu tidak akan mampu."
Ditanya beberapa kali dan dijawab dengan jawapan yang sama. Hinggalah Nabi SAW menjawab: "perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah adalah seperti seorang yang berpuasa, qiyamullail dan membaca quran berterusan dan tidak pernah berhenti. Hinggalah baliknya orang yang berjihad tadi." - Asal dalam semua kebaikan ialah menjaga lidah. Kata Ibnu Rejab: "maksud hasil lidah itu ialah balasan terhadap kata-kata seseorang yang haram."
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments