Hadis 28 : Dakwah dan Bidaah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah RA dia berkata : Rasulullah SAW memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata : "Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah SAW bersabda : “ Aku wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Kerana diantara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara bid’ah adalah sesat"" (Riwayat Abu Daud dan Tirmuzi, dia berkata : hasan sahih)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Kepentingan Menasihati
    a.  Yang dikehendaki dengan “wa’iezoh” ialah nasihat atau peringatan dengan akibat perbuatan jika ditinggalkan.
    b. Memberi peringatan kepada seseorang dengan sesuatu yang boleh melembutkan hatinya daripada dosa dan pahala.
    c.  Tanda bahawa ianya ada disyariatkan kerana merupakan perbuatan Nabi SAW.
    d. (An-Nisa’, ayat 63) Nabi SAW disuruh memberi mau’iezoh bagi orang munafiq – (An-Nahl, ayat 125)

  2.  Sifat bimbingan yang berjaya
    a. Mengenakan tajuk yang Sesuai – yang diperlukan orang ketika itu contohnya : Bila melihat banyak manusia mengutamakan dunia dari mengingati akhirat dan tenggelam dari melakukan ketaatan.
    b. Bahasa yang cukup mantap – Bahasa yang fasih dan mudah difahami serta memberi kesan pada hati (An-Nisa’, ayat 63)
    c. Pembimbing menyampaikan sesuatu darinya dalam bentuk yang paling menarik dengan gaya bahasanya yang cukup memberi kesan kepada hati pendengar.
    d. Memilih masa dan waktu yang sesuai – Di mana orang yang akan dibimbing itu memang lapang dan tidak sibuk dengan hajat lain.
    e. Saranan Nabi SAW adalah waktu selepas solat fajar kerana ketika itu otak berada di tahap kecergasan yang tinggi.

  3. Ringkaskan penyampaian tapi mantap (bernas)
    a. Ceramah yang terlalu panjang akan menyebabkan pendengar mudah jemu dan malas.
    b. Pesan Rasul SAW agar panjangkan bacaan solat dan ringkaskan khutbah.

  4. Sifat Pembimbing yang Memberi Kesan
    a. Nasihat yang memberi kesan terus kepada hati dan menghidupkan hati yang mati sebagaimana hujan menghidupkan tanah yang kontang.
    b. Yakin dengan apa yang diucapkan.
    c. Rasulullah SAW apabila memberi peringatan, dinyaringkan suaranya, merah kedua matanya dan mengalir air matanya sehingga sahabat bimbang takut beliau gugur dari mimbar. – cara ini amat memberi kesan di hati sahabat.
    d. Tidak ada penyakit dalam hatinya
      i) Kata-kata yang lahir dari hati yang salim akan sampai kepada hati orang yang mendengarnya.
     ii) Adapun hati yang berpenyakit, kata-katanya hanya didengar tapi tidak meresap ke hati pendengar
    e. Qudwah yang baik bagi orang yang mendengar ucapannya dan tingkah lakunya.
      - Ini adalah orang yang mendengar akan memperhatikannya, sekiranya bercanggah tingkah laku dengan ucapan, maka mereka akan mencela dan berpaling darinya (Al-Baqarah, ayat 44 dan As-Sof, ayat 3).

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments