Golongan Manusia Yang Mengutamakan Waktu Solat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Terdapat tiga golongan manusia yang dikira mengutamakan waktu solatnya :
  1. Golongan yang paling utama ialah apabila masuk sahaja waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar solat atau di masjid.
  2. Golongan yang kedua adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar solatnya atau di masjid.
  3. Golongan ketiga adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat.
Menurut sebuah hadis, orang yang sempat melakukan takbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, sehingga 40 hari berturut-turut, dia akan terhindar dari penyakit nifaq (Sifat munafik, orang yang hati dan amalannya bertentangan dengan ucapannya).

Semoga kita tergolong di kalangan Muslim yang istiqomah dengan amalan ini In Shaa Allah kita akan dijauhkan oleh Allah SWT daripada api neraka.

Dipetik dari 11 Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat karya Marzuki Mohd Noor El-Feringhati >Dapatkan buku ini di Shopee: RM24 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments