#DiariMesirUstazAfdhal : Syeikh Ibrahim

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Semalam tiba di Kaherah pukul 6 ptg selepas bergerak dari Iskandariah pada jam 2 ptg, hari ini imtihan untuk kenaikan mustawa kelas bahasa arab seterusnya.

Bajet banyak masa lagi untuk study imtihan hari ini. Sampai asrama, solat, santai santai dulu, order makanan makan, pastu kemas pakaian, nak study. Tu dia berat mata teruh.dua tiga ms, terus syahid.
Dah la sebelum tu janji nak join muazarah dengan adik adik pahang..

" esok kami ada muzakarah ustaz jam 5 pagi"
" ha insha allah ana nak join belajar juga dengan entum"

Janji melayu lagi dengan adk adk ni, last sekali bangun solat subuh, masih jetlag alex lol. Tak larat nak join muzakarah mereka (maaf semua sebab janji dicapati) , bangun bangun terus bersiap ke kelas lughah untuk imtihan mustawa.

Alhamdulillah. Khalas,tapi hanya atas pagaq ahl jayyid jiddan selepas 2 ujian mustawa kali ini. Tapi jalan jauhh lagi nuhhh, banyak lagi mustawa moga bertahan sampai tamat.

Jzkk Syeikh Ibrahim atas panduan dan nasihat sepanjang sebulan ini. Guru yang saya kagum, tenang mengajar tak pernah marah orang. Sabar orangnya dengan kamj semua, pesan beliau..

" bahasa ini bukan ilmu, tapi rutin insani.. Kalau nak kuasai bahasa,rutinkan ia dalam kehidupan"

Selamat berjuang juga buat sahabat classmate saya walaupun sebulan sahaja..
Ahmad Habib Al Kelantani, Moga berjaya d Maahad Qiraat Shubra dan juga Khairullah Al Uzbeki moga dipermudahkan fokus untuk habiskan hafalan Alquran.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments