#DiariMesirUstazAfdhal : Iskandariah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Semalam genap sebulan saya di bumi Mesir dan alhamdulillah Allah izin untuk menjejak kaki jauh sikit dari kaherah iaitu Iskandariah dengan bantuan peneman adik adik azhar Pahang.

Perbezaan arab kaherah dan arab iskandariah meingatkan kepada perbezaan arab mekah dan arab madinah.
Di kaherah suasana agak padat dan "kalut", tapi di Iskandariah suasana sedikit tenang.
Angin angin sepoi pantai cukup menenangkan.Orang disini lebih mesra dan santun,bila bertanya jawab betul betul, tak buat muka,tapi tak dinafikan la ada juga yang serabut tu. Haha.manusia kan.

Hon disini bunyi juga, tapi tidak begitu panjang harakatnya, kereta lebih teratur mengikut laluan masing masing kecuali kenderaan tremco la, tak lari dah mereka ni sebangai racer sejati mesir dan sedikit 'ajib bila kat sini orang melintas diberikan laluan. Kalau di kaherah, aiwah! Kena yakin diri dan tawakal kepada Allah, lintas!.

Cuma 1 jela saya tak boleh terima bercampur bangga la sikit hehe.
Bila ketemu budak budak sekolah, ada yang ok ucap welcome to Egypt, ada yang tanya dari mana. Cuma yang tak boleh blah jenis yang cakap.
" ni haoo"

Ha!? Muka gelap berminyak macam ini dia boleh ingat cina? Ajib.. Masih ada harapan untuk memiliki wajah pan asia..tapi ituah ada juga yang jenis perli corona mungkin. Wallahualam. Kita ukur zahir dan husnudzon.

Bila keluar dari kaherah, baru saya sedarlah. Terlalu banyak la sisi mesir yang belum saya terokai, dan penilaian saya hanya pada Kaherah untuk mewakili seluruh Mesir adalah satu kesilapan.

Iskandariah, Memang pandangan pantai dan lautannya menjadi senjata, cuma masih banyak lagi tempat lain lagi lawa. Tapi bagi saya yang baru sampai dan hanya kenal kaherah, iskandariah dah cukup wow bagi saya. Alhamdulillah.

Kat sini jugalah saya ziarah Qalaah Qitbay, tertarik dengan tokoh Modernisasi Mesir era Uthmaniyah MUHAMMAD ALI PASHA. Ada dua naratif ceritanya setakat ini, masih nak explore naratif terbaik. Nanti akan dikongsikan.

Terima kasih adik adik pahang sudi jalan jalan bersama.
Next Trip : Matruh Siwa
" lebih wow nanti ustaz"

Moga Allah Redha.
Jangan tanya kopiah pergi mana.. Ikut waqi' orang kata.. Haha


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments