بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Sebelum sampai ke Mesir, saya ada gambaran bahawa penempatan pelajar Al Azhar seperti penempatan pelajar IPT di Malaysia. Ada asrama atau rumah sewa mungkin sekitar Azhar sahaja, duduk setempat, rumah negeri negeri berpusat.
Tapi bukan begitu rupanya disini.
Pelajar azhar malaysia terpecah kepada beberapa kawasan dan public transport seperti bas,minibus atau tremco menjadi nadi utama perjalanan pelajar kita disini. Lupa satu lagi iaitu KAKI.
Penempatan yang paling dekat dengan Azhar dipanggil kawasan "Darasah", cuma kawasan dia agak sempit dan padat. Biasanya yang ramai disini adalah Pelajar Indonesia.
Pelajar kita pun ada juga.
Penempatan utama pelajar pelajar malaysia terletak di Hayy Sabi' dan Hayy Asyir. Mungkin dalam 15 minit - 20 minit public transport nak ke Azhar disinilah kebanyakan wisma atau rumah negeri terbina.
Saya belajar di Mazkaz lughah sekitar Hayy Sabi', kat sini seperti mini nusantara la. Lambakan kedai makan indonesia, malaysia dan fatoni. Nak makan geprek? Ada bossku. Nak makan tomyam? Ada bossku. Nak makan nasi kukus? Ada bossku. Nak makan western? Ada bossku.
Rumah rumah negeri baru juga banyak disini dan pelajar baru biasanya akan stay dikawasan Sabi'. Jalan kawasan ni memang biasa sangat la jumpa pelajar nusantara hingga tiada lagi tegur menyapa memberi salam ketika bertembung. Huhu.
Ingat lagi mula mula sampai, adalah rasa teruja kalau jalan jalan jumpa pelajar malaysia. Haha. Nak tegur semua orang, tapi kat sini dah biasa sangat, sampai layan tak layan dah. Hehe.
Cuma kawasan Sabi' ini agak mahal sewanya, sekitar 3,500 EGP keatas. Pada waktu yang sama tempat lain masih ada sekitar 2,000 EGP. Ada la sejarah hitam pelajar malaysia yang menyebabkan berlaku peningkatan harga disini.
Untuk pembelajaran dan talaqqi, memang banyak juga kawasan ni macam Ruwaq jawi, halaqah sulamniyah, rumah rumah negeri. Cuma nak direct syeikh azhar biasanya di Darasah kawasan Masjid Azhar.
alhamdulillah selesa untuk pelajar malaysia ala mini malaysia , pelajar malaysia luar Kaherah pun kalau mengidam makanan akan dtg cuti disini. Cuma kos hidup tinggi sikit disini terutama kos rumah tp nak belajar survival lebih tinggi, tak boleh duduk sini hehe.
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments