بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Di Malaysia kita berhadapan dengan "AntiVaksin", kalau di Mesir kita berhadapan dengan "Entawakkal tinggi yang basha!" haha.
Sebelum sampai sini saya dah layan dah video "Drew Binsky" pasal Kaherah ni,dan ada 1 video khusus pasal "ketidak wujudan" covid di Mesir.Bila sampai disini memang Sah!
SOP kat sini unik & memeningkan. Mask kat sini level sunat ghair muakkad, ada yang pakai disiku sahaja. Tiada masalah, bebas bosku! Cuma ada tempat official kena pakai mask tapi ini pun cerita lucu juga la.SOP kat sini agak melucukan.
1. Berurusan di Maahad Buuth, ada seorang staff yang jaga number giliran, dia la akan tegur semua orang tak pakai mask. Siap suruh keluar pergi cari mask lagi, yang lucunya dia sendiri pun tak pakai mask. Aduh! Kami ini geram je nak bagitahu "suruh orang pakai mask, mask hang mana?" tapi alhamdulillah ada ustaz sudan tegur dan gaduh dengan dia. Haha
2. Masuk masjid azhar, pakai mask tapi tak bawak sejadah. Dia suruh solat belakng, cuma isu dia, orang tak pakai mask boleh solat mcm biasa, asal ada sejadah. Haih! Mask tiada, Sejadah ada onz. Pak guard pun pakai mask di dagu. Haha.
3. Penjarakan sosial? Yellek! Kalau Duk dalam van atau bas dia, dia akan buat juga jadi macam sardin.Mask tak wajib, nak expect apa dgn penjarakan sosial? Buang sungai nil sajaa la.
Situasi macam ini kadang kadang mempengaruhi diri sendiri, rasa macam nak bebas tanpa risau juga.Tapi Pakai mask musim panas ni, memang lemaih. Kadang kadang mask saya pun kepala siku yang pakai.
Tapi kes di Mesir kembali meningkat, dah 300++ setiap hari(mungkin malaysia lebih lagi) , dan cara mereka handle berbeza sangat dengan negara kita, Malaysia kalau dah close contact ni akan cari sampai lubang cacing untuk check punca dia, tapi di mesir close contact boleh lagi keluar cairo pergi alex jalan jalan dulu, semua atas kesedaran masing masing . 😂
Mula mula benda ni rasa nikmat sangat weh.. Berbulan bulan berkurung dalam rumah sebab pkp, tiba kat mesir ni rasa macam terlepas itik dari kandang. Exitied! Bebas dan merdeka sangat hingga culas berkali kali keluar tanpa "niqab"
Tapi bila dengar orang mati pasal covid di malaysia, tetap cuak dan risau.
Moga Allah jaga kita semua!
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments