Adab Yang Perlu Dijaga Sebelum Tidur

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Setiap Muslim seharusnya melakukan beberapa adab sebelum mula merabahkan badannya supaya tidur itu menjadi satu ibadah yang memberikan manfaat kepada dirinya untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Antara adab yang perlu dijaga adalah :
  1. Membersihkan mulut dengan bersiwak atau bersugi (gosok gigi) dan berwudhuk. Terdapat banyak hadis yang menyebut tentang siwak sehingga Ibnul Mulaqqin RA dalam al-Badrul Munir mengatakan, "Telah disebutkan dalam hal berkaitan siwak lebih dari seratus hadis." (Subulus Salam, 1/63). Amalan bersiwak adalah kesukaan Nabi, walau bagaimanapun baginda tidak mewajibkan ia.
  2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah RA ketika hendak tidur iaitu bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 34 kali.
  3. Membaca ayatul qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.
  4. Membaca Surah Al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas.
  5. Bermuhasabah atas dosa-dosa yang dilakukan sepanjang seharian dan memohon ampun kepada Allah SWT serta berazam melakukan perkara lebih baik di keesokan harinya.
  6. Berdoa kepada Allah SWT dengan berserah diri kepadaNya dengan doa : "Ya Allah dengan menyebut namaMu, aku mati dan hidup."
  7. Mengucap dua kalimah syahadah kerana boleh jadi itu adalah tidur terakhir buat kita. Semoga kalimah toyyibah itu yang menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.
Dipetik dari 11 Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat karya Marzuki Mohd Noor El-Feringhati >Dapatkan buku ini di Shopee: RM24 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments