4 Tips Mempelajari Bahasa Arab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ada beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mempelajari bahasa Arab iaitu :
  1. Membaca - Dengan kemudahan teknologi masa kini, bahan bacaan yang berkualiti dalam bahasa Arab mudah diakses. Terdapat pelbagai laman web yang menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Arab. Buku-buku bacaan juga mudah didapati di kedai buku agama dan perpustakaan.

  2. Berguru - Kaedah yang paling berkesan dalam proses menuntut ilmu adalah berguru. Sistem talaqqi akan memudahkan sesuatu penyampaian ilmu itu berlaku. Banyak kelas dan majlis ilmu yang disediakan sama ada berbayar atau percuma.

  3. Membuat nota - Digalakkan untuk membuat nota mengikut kreativiti dan kefahaman masing-masing. Antara cara yang selalu dilakukan oleh pelajar ialah menampal kertas mahjung yang bertulis dialog perbualan harian di dinding bilik. Hasilnya, perkataan yang baru dipelajari mudah untum diingati.

  4. Praktikal - Pembelajaran secara teori adalah penting, namun pembelajaran bersifat praktikal mempunyai keberkesanan yang lebih. Cuba tuturkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian kerana ilmu bahasa ialah ilmu yang praktikal. Cari rakan untuk berbual dalam bahasa Arab. Lebih baik, bersembang bersama orang Arab.
Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments