بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.png)

Dari Nawwas bin Sam’an RA, dari Rasulullah SAW beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia." (Riwayat Muslim). Dan dari Wabishah bin Ma’bad RA dia berkata : "Aku mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda : "Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?" Aku menjwab : Ya. Beliau bersabda : "Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." (Hadis hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)
Pokok Perbincangan Hadis
- Al-Birr (Kebaikan)
a. Merangkumi semua perbuatan yang baik dan sifat-sifat yang ma’ruf, persahabatan atau pergaulan yang baik.
b. Pergaulan seorang hamba secara ihsan sama ada terhadap kedua ibubapanya atau orang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 177.
c. Digandingkan Al-Birr sekali dengan Taqwa (Surah Al-Maidah, ayat 2)
d. Al-Birr - Melakukan perkara yang diwajibkan
e. At-Taqwa – Menjauhi dari perkara yang dilarang - Al-Ithmu (Dosa)
a. Melakukan sesutu yang tidak halal baginya.
b. Imam Qurtubi RA – perbuatan yang layak bagi si pelakunya dicela.
c. Ibnu Hajar RA – Semua perbuatan yang jahat dan buruk sama ada besar atau kecil. - Hadis ini menjelaskan sebahagian tanda-tanda dosa
a. Dalaman – Perasaan gelisah, tidak senang hati dan hati tidak tenang.
b. Luaran - Tak suka kalau orang nampak. - Kedudukan Akhlak
a. Sesuatu yang diajak oleh Al-Quran dengan kelebihan yang ada padanya.
b. Saidatina ‘Aisyah RA berkata : “Adalah akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran." Iaitu beradab dengan adab-adab Al-Quran , melaksanakan suruhan dan menjauhi segala larangan. (Al-Qalam : 4 , Al-Mumtahanah : 6)
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments