Hadis 26 : Keutamaan Sedekah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah." (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Pokok Perbincangan Hadis
  1. Perhatikan pada diri kamu
    a.  Az-Zaariyaat : 21 : “Dan pada dirikamu tidakkah kamu perhatikan”.
    b. Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah Allah SWT ciptakan.
    c.  Susunan jasad dan tulang belulang manusia merupakan nikmat terbesar dan juga merupakan tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Allah SWT.

  2. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurniaNya
    a. Kerana ia merupakan nikmat terbesar bagi manusia maka setiap ruas tulang perlu disyukuri.
    b. Rujuk surah Al- Infitar ayat 7, An-Nahl ayat 78 dan Al-Balad ayat 9.

  3. Dua jenis syukur
    a. Syukur wajib: Menjalankan semua suruhan dan tinggalkan semua larangan.
    b. Syukur sunnah: Melaksanakan pelbagai amalan sunnah selepas menjalankan suruhan yang wajib dan meninggalkan segala yang haram. Contohnya iala kisah Rasulullah SAW solat malam sehingga bengkak kakinya.

  4. Sedekah
    a. Sedekah ialah suatu manifestasi kepada rasa syukur. Dalam hadis ini, Nabi mengajar sedekah dari hamba kepada hambaNya yang lain dengan anggota tubuh yang ada.
    b. Sedekah dalam hadis ini ialah mendamaikan manusia, menolong manusia lain berkenderaan, perkataan yang baik, berjalan untuk solat dan membuang bahaya dari laluan manusia.

  5. Mendamaikan manusia
    a. Juga merupakan sedekah (An-Nisa’ ayat 114)
    b. Perlunya usaha untuk merawat luka-luka dalam masyarakat supaya terbentuk seperti satu jasad yang salim.
    c. Juga merupakan qurbah (cara mendekatkan diri kepada Allah SWT) bagi orang bertaqwa.
    d. Mendamaikan pasangan suami isteri dari berlaku penceraian kerana banyak mudhoratnya kalau bercerai. (An-Nisa’ ayat 128)
    e. Kerana ia adalah penting maka diharuskan berdusta jika bertujuan untuk mendamaikan manusia.

  6. Saling Membantu
    a.  Menbantu seorang Muslim menaiki tunggangannya atau membantu membawa barang keperluannya dikira sedekah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat anggota yang Allah berikan.
    b. Demikian juga diberi pahala membantu saudara seislam untuk melakukan sesuatu ketaatan – Al-Maidah, ayat 2
    c. Manusia tidak mampu menguruskan segala kehidupannya sendirian tanpa bantuan orang lain.
    d. Dengan Ta’aawun (saling membantu) akan berkembanglah rasa mahabbah di kalangan orang muslim.

  7. Semua amal ma'ruf dikira sedekah.
    a. Ma'ruf adalah setiap hal yang disukai dan diridhai Allah berupa keimanan dan perbuatan yang baik.
    b. Semua jenis amal yang ma'ruf dan ihsan dikira sedekah hinggakan kurniaan Allah bagi hambanya pun dikira sedekah.
    c. Al-Baaqiyaatus Solihaat adalah Sedekah - Al-Kahfi, ayat 46 - iaitu Tasbih - Sucikan Allah, Tahmid - Pujian bagiNya, Takbir - Mengagungkannya dan Tahlil.
    d. Pada setiap satu itu adalah sedekah
    e. Semua ini jalan yang paling hampir dan mudah untuk diperolehi oleh semua muslim.
    f. Al-Amru bil Ma'aruf wa An-Nahyu 'anil Mungkar adalah Sedekah

  8. Baik Percakapan
    a. Termasuk dalam kategori ini ialah Menjawab Salam, Zikir, Berkata Benar, Mengajak kepada yang Ma’ruuf, Melarang yang Mungkar, Memberi Nasihat dan Tunjuk Ajar dan Menjinakkan Hati ke arah Kebaikan.
    b. Rujuk Al-Baqarah : 263 , Faathir : 10, An-Nisaa’ : 85.

  9. Kelebihan Berjalan untuk Solat
    a. Galakan hadir ke rumah Allah untuk berkumpul dan berjemaah, mempelajari ilmu, nasihat serta ‘itikaf.
    b. Kisah Bani Salamah yang ingin berpindah berhampiran dengan masjid, dilarang oleh nabi dan dijelaskan lebih jauh atau terpaksa melalui kepayahan untuk datang, lagi besar ganjaran pahala yang diberi.

  10. Membuang sesuatu yang menyakiti dari Jalan
    a. Membuang segala yang menyakiti seperti duri, najis dan lainnya dari laluan orang muslim merupakan sedekah dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah dan juga merupakan cabang iman.
    b. Hadis “ Iman itu ada 71 cabang, yang paling tinggi Penyaksian tiada tuhan melainkan Allah, dan yang rendah ialah Membuang sesuatu yang menyakiti di jalan “.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments