بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.png)

Dari Abu Dzar RA: Sekumpulan dari sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka solat sebagaimana kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya)." Rasulullah SAW menjawab: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi anda jalan untuk bersedekah?: Setiap tasbih merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, amar ma'ruf nahi mungkar merupakan sedekah dan pada setiap kemaluan kalian ada sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulallah, masakan berpahala jika seseorang kami menyalurkan syahwatnya?" Beliau bersabda: "Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan di jalan yang haram, bukankah akan terkena dosa? Demikianlah jika diletakkan pada jalan yang halal, maka baginya pahala." (Riwayat Muslim)
Pokok Perbincangan Hadis
- Hadis ini mengandungi beberapa perkara penting
a. Harusnya dilakukan Qiyas.
b. Perkara yang mubah (harus, halal) boleh menjadi Qurbah (berpahala) jika dilaksanakan dengan niat yang betul.
c. Rasulullah SAW menyebutkan medan-medan dan lapangan yang patut dijadikan perlumbaan oleh si mukmin.
d. Banyaknya cara untuk berbuat baik, sekiranya seseorang itu tidak mampu buat dengan satu cara, mungkin ia akan dapat membuatnya dengan cara yang lain. - Medan Perlumbaan Salaf
a. Golongan Salaf berlumba-lumba untuk membuat sesuatu yang boleh mendekatkan diri atau menaikkan darjat mereka di sisi Allah SWT.
b. Buktinya dari hadith ini apabila sahabat-sahabat yang miskin datang mengadu pada Nabi SAW kerana mereka tidak mampu berbuat sebagaimana sahabat yang berharta, lalu lahirlah hadis ini.
c. Namun demikian, Islam mencela tanaafus iaitu berlumba-lumba pada hal duniawi. - Sifat Ghibtoh
a. la beerti iri hati pada kebaikan atau keiinginan seseorang untuk menjadi seperti orang yang dicemburui tanpa menginginkan kelebihan tersebut hilang dari tuannya.
b. Ini adalah digalakkan oleh syarak, lebih-lebih lagi dalam urusan akhirat. - 2 Perkara yang dibolehkan Ghibtoh
a. Lelaki yang dikurniakan harta dan membelanjakan pada jalan yang haq.
b. Lelaki yang dikurniakan ilmu dan dia beramal serta mengajarkan ilmu itu kepada orang lain. (dalam hadis yang lain) - Semua amal ma'ruf dikira sedekah.
a. Ma'ruf adalah setiap hal yang disukai dan diridhai Allah berupa keimanan dan perbuatan yang baik.
b. Semua jenis amal yang ma'ruf dan ihsan dikira sedekah hinggakan kurniaan Allah bagi hambanya pun dikira sedekah.
c. Al-Baaqiyaatus Solihaat adalah Sedekah - Al-Kahfi, ayat 46 - iaitu Tasbih - Sucikan Allah, Tahmid - Pujian bagiNya, Takbir - Mengagungkannya dan Tahlil.
d. Pada setiap satu itu adalah sedekah
e. Semua ini jalan yang paling hampir dan mudah untuk diperolehi oleh semua muslim.
f. Al-Amru bil Ma'aruf wa An-Nahyu 'anil Mungkar adalah Sedekah
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments