#DiariMesirUstazAfdhal : Hawawshi & Fateer

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


" ustaz jemput makan fateero ni"
" uish, awat topping dia dasyat sangat, ada coklat, ada oreo. Makanan mesir kah ni?"

Kali pertama jumpa benda alah ini, malam pertama dirumah pahang waktu itu mereka sambut birthday ahli rumah 2 minggu selepas sampai mesir, yela mula mula sampai asyik cari nasi geprek nasi berlado nasi ayam crispy dan bakso je haha. Banyak mereka beli & antara yang laku la. Tak disangka sebenarnya orang mesir makan juga makanan" hipster" macam ini.

So tadi, ajak sorang bawakkan ke kedai jual benda alah ni, beli untuk ahli rumah sempena "kuarantin". So ada dua jenis makanan mesir ni ( saya masih musykil betul ke makanan ni asli mesir atau hybrid, sebab mesir ni negara afrika yang bercampur aduk dengan dunia arab dan pengaruh penjajah Wallahualam)

1. Hawawshi
Pizza + Karipap, dia bermula gaya macam nak buat pizza sebab isi dia sama je, ada cheese, sayur, ayam, sosej, daging tapi last sekali dia akan lipat jadi macam karipap. Tebal la tepungnya tu. Cuma kena standby sos baru sedap ( kat mesir tak ada cili sos, adeh!)

2. Fateer atau Fateera
Pizza + Pancake, gaya dia macam pancake la tapi topping dia macam macam la benda manis.. Cokelatla, Oreo la, dan segala seangkatan dengan dia. Cuma saya tak pasti original Fateer ini apa topping sebenar dia atau ada topping tak. Hebat sgt kalau dari dulu topping dah memang oreo. Haha. Ezayyak ya firaun!

(Gambar dekat diruangan Komen)

Kalau secara peribadinya, memang fateer lagi saya suka la, cuma tak boleh nak makan banyak sangat dia manis, tapi kalau ada majlis apa apa. Makan makan ke memang sesuai la dessert penutup.Kalau hawawshi ini macam boleh kategori makanan berat macam pizza la kot eh. Namun makanan legend mesir tetap nombor 1 la dalam hati iaitu TA'MEYA. Yang ini padu, makan dengan fries, bawang, lada, tomato dia tu pastu dengan roti arab letak atas meja tak basuh. Haha. Padu. Nanti citer di pos lain la yang tu Insha Allah.

Ha apa lagi makanan mesir saya patut cuba?


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments