#DiariMesirUstazAfdhal : Antara Fusha & Amiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


" macam mana la nanti duk mesir, nak kuasai bahasa arab fusha lagi, nak belajar amiyah lagi"
Itu benda yang merisaukan saya ketika di Malaysia.

Masa mula mula masuk markaz bahasa pun timbul la tak puas hati dalam diri diletakkan dalam mustawa yang rendah. Bajet diri power sgt, dan nk fokus amiyah. Fuhh. Yakin kau afdhol!

Tapi selepas 3 minggu lebih berada di Mesir, barulah saya faham serba sedikit konsep amiyah, selepas sembang dengan pelajar azhari yang memang masyi la ammi dia dan hasil sembang dengan orang lain serta follow pembelajaran @dialekmesir, boleh la saya simpulkan beberapa perkara.

1. Kunci nak kuasai amiyah terletak pada penguasaan fusha dan banyakkan vocab, kalau fusha susah nak cakap = ammi pun susah nak cakap , vocab kurang kelaut juga la amiyah kita. (ini problem besar saya)

2. Kaedah dalam amiyah tidak begitu banyak nak dibandingkan dengan fusha, tapi kemahiran fusha tu akan jadi asas kefahaman kaedah amiyah Contoh " كتابك" dalam fusha biasa kita akan sebut "kitabuka" untuk kata buku enta, tapi amiyah ubah sikit sahaja, dia akan matikan dhomir dan fathahkan huruf sebelum dhomir "kitabak" untuk enta.. "kitabik" untuk enti. Fusha ada "انتم" tapi ammi jadi "انتو" dan sebut "كتابكو".

3. Orang mesir, faham je kita cakap fusha, kalau tak faham juga boleh jadi orang mesir tu buat buat tak faham atau memang bahasa kita yang hancur.

4. Penggunaan amiyah dalam kehidupan seharian tetap ada impak besar dalam kehidupan seharian, antaranya orang mesir yang nakal akan lebih berhati hati la nak buat hal dengan kita serta urusan kita akan lebih mudah. Pernah baca tulisan ustaz khalif rizal - dialek mesir ada sebut benda ini.

5. Orang mesir memang cakap laju dan dialek mereka memang jenis bersambung terus ayat satu sama lain. Benda ni memang tak dapat grab dengan buku tapi kena bergaul dengan mereka. Part ini juga struggle saya terutama bila dia sebut nombor.. Contoh : " talatt tashar = تلاتاشر 13 belas.

Kesimpulan untuk diri saya, memang fusha pun ke laut! Jadi sekarang tengah usaha tambah vocab dan kuasai arab fusha di markaz lughah dalam waktu yang sama hafal la basic dialog ammi untuk kegunaan seharian.
Tulah ada hikmah Allah letak mustawa rendah


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments