7 Aktiviti Seharian Yang Mesti Dilakukan Oleh Pemuda

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Walaupun kegiatan kita tidak mendatangkan wang ringgit, tapi ingat masa itu adalah emas dan ia berlalu sangat pantas. Isi lah dengan hal yang bermanfaat. Berikut disenaraikan contoh aktiviti yang mesti dilakukan oleh seorang pemuda dalam sehariannya.
  1. Tilawah & tadabbur al-Quran
    Tilawah al-quran pada setiap hari dengan sekurang2nya satu muka surat mahupun satu potong ayat adalah sepatutnya menjadi satu kewajipan buat semua pemuda agar ikatannya dengan al-Quran sentiasa erat. Tetapi, tidaklah cukup jika hanya ditilawah sahaja tanpa ditadabburkan terjemahannya. Dapatkan bantuan kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Katsir jika tidak tahu macam mana nak tadabbur. Sekurang-kurangnya tadabburlah sehari satu ayat pun jadilah agar kita dapat lebih memaknai kalam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini.

  2. Membaca buku
    Orang yang membaca akan mengaktifkan cakerawala mindanya. Ilham dan inspirasi datang mencurah-curah. 

  3. Bertanyakan khabar/bersosial
    Dengan niat silaturrahim yang mendatangkan rahmat Allah. Kurang seminit diperlukan untuk amalan mulia ini. Sekurang-kurangnya tanya khabar melalui whatsapp pun jadilah.

  4. Tahu isu semasa
    Jangan jadi katak dibawah tempurung iaitu yang tidak bermasyarakat dengan perkembangan dunia. Walau tidak semua, tapi ambil tahulah walau sedikit Tanda prihatin sebagai umat.

  5. Dapatkan motivasi hidup
    Rujuklah mana-mana bahan bacaan motivasi atau follow motivator yang aktif di sosial media seperti Dr Fadzilah Kamsah, Prof Muhaya & banyak lagi. Digalakkan mencari motivator yang mempunyai acuan Islam agar kita tidak terpesong dengan acuan motivasi yang menggalakkan pemikiran liberalisme.

  6. Rancang, rancang & rancang
    Rancanglah, ia akan menjadikan kita manusia yang jauh ke depan seiring dengan masa. Walau sesuatu itu masih jauh, kita mulakan sekarang. Setiap hari kita memerlukan perjuangan dalam melihat masa depan.

  7. Padamkan dosa dengan beristighfar
    Muhasabah dosa silam. Sentiasa memikirkan jalan untuk keluar dari lingkaran dosa yang sama. Sentiasa berusaha untuk memadamkan dosa-dosa lama.
Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments