5 Kelebihan Mempelajari Bahasa Arab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Jom tengok apa kelebihan belajar bahasa Arab.
  1. Bahasa terpenting di dunia - Bahasa ini memperlihatkan penuturnya terdiri daripada 233 juta orang yang kebanyakannya terdiri daripada 27 buah negara di Timur Tengah. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Timur Tengah seperti Dubai atau UAE membuatkan bahasa Arab sebagai bahasa perantara perniagaan dan bisnes yang terpenting di dunia. Ahli bisnes antarabangsa yang ingin berurusan dengan negara Arab lazimnya dikehendaki untuk berurusan dalam bahasa Arab.

  2. Khusyuk dalam ibadah - Penguasaan bahasa Arab yang baik mampu membantu kita untuk lebih khusyuk ketika menunaikan ibadah. Antara tip khusyuk dalam solat adalah kita digalakkan memahami setiap ayat yang dibaca. 

  3. Memahami hukum Islam - Satu kelemahan masyarakat pada masa ini khususnya pelajar jurusan agama adalah mengeluarkan hukum tanpa merujuk sumber primer dan berautoriti. Hal ini kerana, kebanyakan sumber hukum dalam Islam yang berstatus primer adalah dalam bahasa Arab dan mereka tidak mampu untuk memahami kandungan sebenar sumber tersebut.

  4. Bahasa Al-Quran - Kepentingan bahasa Arab amatlah jelas kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Keistimewaan bahasa Arab disebutkan dalam al-Quran lebih daripada sepuluh tempat, antaranya ayat 27 hingga 28 surah ke 39 Az-Zumar : "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [27]. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa. [28]."

  5. Bahasa mulia - Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa yang mulia. Oleh itu, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW melalui bahasa Arab. Selain itu, bahasa pertuturan Nabi juga adalah dalam bahasa Arab. Hal ini memudahkan Nabi untuk menyampaikan wahyu kepada umat manusia.

Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja< 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments