Tips Menjaga Hati Ibu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Berikut adalah beberapa tips menjaga hati ibu bapa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

  1. Mengawal suara dengan tidak meninggikan suara apabila berbicara dengan ibu bapa. Allah turut berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat ke 23 :

    "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [17:23]

    Ayat ini jelas menyarankan kita untuk menjaga adab apabila berhadapan dengan ibu bapa.

  2. Sering memaklumkan kepada ibu bapa apabila hendak melakukan tugas di luar kawasan (outstation) atau apa-apa sahaja perkara yang penting. Bukanlah keperluan untuk memaklumkan semua perkara yang kita lakukan kepada ibu bapa tetapi ingatlah ada masa terluang, cubalah hubungi mereka walau sekadar untuk bertanya khabar. Setiap kata mulia si anak untuk ibunya pastinya bernilai ibadah.

  3. Sentiasa mendoakan yang terbaik kepada ibu bapa. Selepas ayat tadi dalam surah yang sama iaitu ayat ke 24 Surah Al-Isra', Allah SWT berfirman :

    "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.""
    [24]

    Setiap kali selepas solat, sememangnya kita disarankan untuk mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa, lebih-lebih lagi jika duduk berjauhan, apatah lagi jika salah seorang atau kedua-duanya sudah pergi menghadap Ilahi. Perkara ini semua orang tahu, tapi kelakuan kebanyakan daripada kita terutamanya anak muda hari ini menjadi sebaliknya. Kita sering tergopoh gapah selepas solat. Solat pun dihujung-hujung waktu. Selepas solat terus digedeknya telefon bimbit seolah telah berpisah dari telefon bimbitnya selama sebulan. Tidak mengambil masa selepas solat itu untuk berdoa. Bukankah doa anak yang soleh itu akan sampai kepada ibubapanya? Jika begitu, berusahalah sebaiknya dalam beramal sekaligus tidak pernah meninggalkan doa untuk kedua ibubapa. 
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. [Riwayat Muslim (2548)]

Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments