Kelebihan Belajar Di Luar Negara Menurut Perspektif Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Berkata Sa'id bin al-Musayyab, "Aku pernah menempuh jarak tiga hari perjalanan hanya untuk mendapatkan satu hadis". Peluang belajar di luar negara sangat dianjurkan kerana memberi banyak faedah. Antaranya adalah :
  1. Berjumpa dengan manusia yang pelbagai ragam
    Seorang yang belajar di luar negara akan terdedah dengan ramai orang dari pelbagai bangsa dan budaya. Ia akan melihat bagaimana Islam tampil bukan hanya dalam satu warna, namun berwarna-warni. Kita boleh mempelajari bahasa dan budaya mereka. Semua ini dapat memperhalus budi dan melatyih kepekaan apabila menjawab persoalan yang datang daripada masyarakat nanti.

  2. Belajar daripada ramai guru
    Seorang pelajar yang memiliki seorang guru sahaja biasanya menjadi murid yang taksub. Ia akan terbiasa dengan satu pendapat sahaja. Dadanya sempit apabila melihat pendapat yang berbeza. Setiap kali melihat orang yang tidak selari dengannya, aia akan terus berburuk sangka dan melabelnya dengan pelbagai gelaran. Menimba ilmu daripada ramai guru dapat meluaskan minda dan menghakis sifat taksub.

  3. Mendapat ramai sahabat baharu
    Belajar di luar negara akan membuka peluang kita untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat baru dari pelbagai negara. Rangkaian kenalan dan sahabat kita menjadi lebih luas. Manfaat duniawi dan ukhrawi selalu terbuka untuk orang yang memiliki rangkaian seperti ini.

  4. Membuka minda
    Kita akan lebih dapat mengenali diri sendiri dan negeri kita apabila belajar di luar negara. Sering kali pengalaman berinteraksi dengan bangsa lain membuat kita mempersoalkan kembali pegangan akidah dan fiqah kita selama ini. Perkara ini lalu mendorong kita untuk mengkaji semula pegangan tersebut sehingga kita menjadi lebih matang dalam pemikiran dan tindakan. Seseorang yang belajar di luar negara mindanya akan menjadi lebih luas dan terbiasa dengan pendapat dan idea-idea baharu. Ia mampu melihat satu permasalahan dengan kreatif dan menggunakan banyak pendekatan dalam mencari solusi.
Mungkin posting ini kurang sesuai di ketika pandemik covid-19 ini. Namun, andaikata ada yang membacanya kelak selepas musim pandemik ini dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, semoga posting ini memberi semangat yang positif kepada anda. Posting ini juga bertujuan untuk memberi semangat kepada mereka yang mendapat tawaran universiti di negeri lain, contohnya asalnya duduk di Kedah, tapi mendapat tawaran pengajian di Selangor/Terengganu/Sabah.

Dipetik dan diubah dari Ikon Syabab karya Umar Muhammad Noor


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments