Hadis 22 : Masuk Syurga | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshary radhiallahu 'anhuma: Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, seraya berkata: Bagaimana pendapatmu jika aku melaksanakan solat yang wajib, berpuasa Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan aku tidak tambah sedikitpun dari itu semua. Apakah aku akan masuk surga ? Beliau bersabda : "Ya". (Riwayat Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Sahabat yang bertanya ialah Nu'man bin Qaugal RA. Beliau telah menyertai ghazwah Badar dan beliau telah syahid di dalam Ghazwah Uhud. Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT telah mendorong beliau untuk bertanya kepada Nabi SAW tentang hadis ini.

  2. Menunaikan Solat Fardhu:
    a. Adalah wajib solat berjemaah di masjid. Ini adalah pendapat kebanyakan dari sahabat dan tidak ada sahabat yang khilaf (berbeza pendapat dalam hal ini).
    b. Maksud hadis: "Solat jemaah yang paling dicuaikan oleh orang munafiq ialah Isyak dan Subuh. Jika mereka tahu fadhilatnya, nescaya mereka akan berusaha untuk mendatanginya, wvalaupun dalam keadaan merangkak."

  3. Wajib berpuasa Ramadhan

  4. Sesiapa yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dengan jelas, maka hukumnya adalah kufur.

  5. Begitu juga siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah secara jelas, hukumnya juga membawa kepada kufur.

  6. Beberapa bentuk-bentuk haram yang telah diungkapkan dengan nama yang berlainan di dalam nas-nas syarak ialah:
    a. Larangan dari Allah (nahyu), misalnya larangan, "Jangan kamu mengintip.." - (Surah al- Hujuraat, ayat 12)
    b. Janji buruk ke atas pembuat (wa'iid) seperti "Bagi mereka azab yang pedih."- (Surah al-'Imran, ayat 77)
    c. Lafaz tahrim seperti "dan diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu..." (Surah An-Nisa', ayat 23)

  7. Penghalalan dan pengharaman adalah hak mutlak Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk bagi manusia di dunia dan di akhirat. Oleh itu sesiapa yang menceroboh hak Allah Ta'ala ini, dia akan diazab.

  8. Maksud 'mengharamkan yang haram' adalah: menghindarinya

  9. Maksud dari 'menghalalkan yang halal' adalah: mengerjakannya dengan keyakinan akan kehalalannya.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments