Hadis 21 : Istiqomah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه




Dari Abu Amr. -ada juga yang mengatakan- Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdillah Ath-Thaqofi RA dia berkata, aku berkata: Wahai Rasulullah SAW, katakan kepada aku tentang Islam, satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan kepada seorangpun selain darimu. Beliau SAW bersabda: "Katakanlah: aku beriman kepada Allah, kemudian istiqomahlah." (HR Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Makna Istiqomah: Terdapat beberapa erit kepada istiqomah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas. Antaranya ialah:
    a. Memperbetulkan aqidah dan beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT
    b. Imam Qurtubi berkata: "Bila dibetulkan I'tiqad, kata-kata dan perbuatan, maka itu adalah bersitiqomah" (Rujuk Surah Fussilat, ayat 30)

  2. Kelebihan beristiqomah;
    a. Diperluaskan atau dimurahkan rezeki untuknya di dunia (Surah Fussilat, ayat 30-32 & Surah Jin, ayat 16)
    b. Dia akan diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan nanti
    c. Dia akan dihilangkan kesedihan ketika berpisah dengan keluarganya
    d. Dia akan didatangkan dengan khabar gembira sama ada dalam bentuk pengampunan dosa, amalnya akan diterima oleh Allah SWT dan juga janji Syurga kepadanya

  3. Istiqomah di atas jalan yang lurus adalah satu perintah Allah SWT untuk Nabi dan ummatnya sebagaiman yang disebutkan oleh Al-Quran di dalam Surah Hud, ayat 112

  4. Jenis istiqomah 1: Istiqomah melalui hati; Kerana hati adalah raja kepada jasad, istiqomahnya hati akan menentukan istiqomah seluruh jasad yang lain

  5. Jenis istiqomah 2: Istiqomah melalui lidah;
    a. Kerana lidah adalah sebagai penterjemah kepada hati dan ia adalah juga punca kecelakaan kepada tuannya (rujuk hadis yang diriwayatkan oleh Muaz RA yang masyhur)
    b. Rujuk juga beberapa ayat sebagai renungan; Surah Qaf, ayat 18 & Surah Al-Isra', ayat 36
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian. semoga akan istiqamah beribadah walaupun selepas Ramadan nanti

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)