بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Ansary Al-Badry RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Antara ungkapan yang telah diketahui orang ramai dari ucapan Nabi-Nabi terdahulu adalah; "Jika engkau tidak malu, maka perbuatlah apa yang engkau suka." (Riwayat Bukhari)
Pokok Perbincangan Hadis
- Malu adalah akhlak para Nabi Allah & malaikat (warisan para Nabi)
- Makna suruhan supaya "buatlah" di dalam hadis di atas ialah;
a. Suruhan sebagai tahdid (ancaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat
b. Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat & tak buat tak apa)
c. Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya (dalam perkara maksiat) - Malu terbahagi kepada dua;
a. Yang boleh diusahakan, iaitu hasil dari mengenal Allah dan merasai muraqabah Allah
b. Yang tidak boleh diusahakan, iaitu adalah fitrah yang diberikan Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki (kebaikan) - Malu yang dicela ialah malu yang tidak menepati syarak seperti malu bertanya tentang agama dan kemudiannya beribadat dalam keadaan jahil dan lain-lain keadaan malu
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments