#DiariMesirUstazAfdhal : Kesibukan Kaherah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"nanti dah habis belajar, duduk la KL, beli rumah dan kerja disini" ibu saya.

Itulah permintaan ibu yang akan saya geleng dan garu kepala.
Duduk di KL adalah nightmare bagi saya, kerana saya bukanlah orang yang boleh duduk dalam kesesakan, bergerak pantas dan blend in dengan ramai orang.

Saya dibesarkan di kelantan, dan belajar di terengganu. Dua dua negeri yang terkenal dengan ketenangan dan suasana desa. Santai dan rileks adalah moto hidup saya haha, saya tak suka berebut dan serabut, kalau parking tu, saya sanggup parking jauh dan berjalan daripada berebut dengan orang

Isteri tinggal di Penang dalam Pulau sebelum ini pun saya dah gelisah resah duduk lama lama dalam suasana yang padat begitu.Selalu ajak isteri untuk bermalam di Seberang sebab tak nak serabut dalam pulau. Haha

Namun benda yang saya nak lari tu, datang juga tanpa pilihan. Malah kesibukan dia itu, 5x ganda mungkin dari KL. Kesibukan di KL masih teratur, kesibukan disini memang mindblow la bossku.

Hon 24 jam, kereta selit sana sini, jalan 3 lane jadi 15 lane, public transport berebut penumpang, arab gaduh, orang jual tak kena tempat,tren boleh bawak ayam, berebut tempat duduk,berurusan pejabat boleh gaduh. Allah allah! Mula mula sampai sini, mulut gelak tapi mata nangis nak adapt. Haha.

Tapi disini la saya belajar hargai nilai ketenangan, dapat berehat di Masjid masjid kat sini satu nikmat yang besar. Tak pernah rasa duduk dalam masjid hingga tak nak keluar sebelum ni. Tapi disini ada perasaan tu. Keluar jalan sekitar kaherah selalu mencari masjid, sebab nak keluar dari keserabutan tu. Cuma perkara ni juga boleh jadi kerugian la buat diri, sebab keinginan untuk hibernate dalam "gua" itu lebih tinggi.

Namun lama kelamaan, keserabutan inilah banyak melatih diri, jasadi dan emosi tapi lagi tereffect adalah emosi.
Tengok kisah kisah tokoh dari mesir baru fahamlah kenapa mereka menjadi TOKOH!

Mesir ini memang ruang tarbiyah yang besar untuk kita.
Dari sudut keilmuan dan ketahanan jiwa.
Namun bergantung kepada kita la untuk tempuh atau lumpuh.
Saya dulu pun fikir nak lumpuh terus haha tapi berkat nasihat guru guru dan support adk adk azhari disini ,kita bangkit kita tempuh slow slow.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments