#DiariMesirUstazAfdhal : "Ijazah Pertama" Mesir

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Fasa awal di Mesir ini , banyak redah sahaja kelas talaqi yang ada sekitar saya terutama yang menjadi rutin di Rumah Pahang bersama Habib Ahmad Al Maqdi , Baba Mokhtar dan Syeikh Yasir.
Cukup seminggu la saya hadir , dan kesimpulannya "belum tahap saya" atas 2 faktor , ada kelas kerana Bahasa dan ada kelas kerana level tapi adik adik azhar disini banyak support moral untuk bertahan dalam kelas.

minta nasihat dari adik azhari yang diakui ramai kesungguhan beliau dalam belajar.
" ana ni walaupun ada degree syariah , ilmu ana kelaut lagi . datang sini memang sebagai pelajar baru fresh , enta ada nasihat ? " tanya saya pada beliau.

" Ana ni ustaz , 2 tahun belajar ana tak tahu apa . orang pergi talaqqi , ana ikut sahaja , tapi tak tahu apa. lepas 2 tahun baru ana jumpa manhaj belajar ana . ustaz kena mula dengan kitab asas dulu cari manhaj belajar ustaz insha allah , kelas kelas dibawah (rumah pahang) memang advance .. biasa kelas asas ini akan mula bila masukan pelajar baru masuk "

bermulalah saya menyusun dan mencari ruang ruang asasi untuk minggu yang baru akan datang , ketemulah 1 iklan Daurah Ulum Hadis Kitab At Tazkirah karya Ibnu Mulaqqin Rahimahullah , guru kepada Ibnu Hajar Al Asqalani Rahimahullah. Benda pertama orang yang jahil macam saya buat adalah dengan whatsapp penganjur.
" Salam ustaz , kitab ini sesuai ke untuk orang yang baru nak belajar ?"
" Waalaikumsalam , sesuai sangat . Kitab ini ringkas sahaja 30 ms , sesuai untuk mubtadi' (pemula) "

Maka tanpa ragu , sertailah Alhamdulillah bersama dengan seorang
alim muda Dr Syarif PhD Azhar bidang hadis. Dari pagi hingga hampir asar , Fuhh isi kitab baik cuma nak grab semua point syarah dari syeikh pancit sikit , laju & ammi namun overall alhamdulillah.
Mula mula semangat lagi , tengah tengah pancit pancit dah tapi bila nak habis semangat balik mungkin kerana "Ijazah"

"Ijazah Kitab" dambaan pelajar, segan sangat nak terima ijazah padahal waktu daurah banyak juga tak faham,nak hilangkan sikit rasa bersalah tu , balik saya terus cari pengajian kitab At-Tazkirah Ustaz melayu untuk diulangkaji masa ke semasa. Alhamdulillah Ijazah bunga bunga pertama bumi Mesir , balik boleh letak dalam frame. hehe


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments