#DiariMesirUstazAfdhal : Ahli Rumah Pahang

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ketika mula tiba di Mesir, saya menumpang rumah adik adik buuth, sambil sambil mencari ruang berteduh yang ada di sekitar. Rumah sewa ada je yang mencari ahli baru, tapi itu pilihan kedua memandangkan bajet bulanan saya disini tidak begitu banyak.

Bermula dengan rumah negeri ambo dulu, rumoh kelate. Berhubung juga dengan pimpinan pelajar untuk bantu tapi keadaan sekarang nak sambut pelajar baru, susah sikit la nak dapat tempat. Belum cukup budu lagi dalam hati nak masuk sini.

" tak apa la carilah rumah sewa"

Tiba tiba mudir sekolah saya berkerja sebelum ini whatsapp
" apa khabar disana? Stay kat mana?"

Bila cerita keadaan saya pada mudir saya..
" kenapa tak cakap awal? Ana boleh bantu.. Pegawai wisma pahang itu rakan sepengajian daurah daurah kat kuantan"

Dapat number, terus contact..
Alhamdulillah, Allah mudahkan. Walaupun baru 3 tahun jadi orang pahang. Syukur sangat, sewa bilik murah sangat kelengkapan cukup tapi jauh sikit la nak ke Markaz Lughah.

Cuma yang paling saya syukur adalah ahli rumah ( Syaqqah), 1 bilik 4 orang dalam 20 orang juga la 1 rumah ini, mereka ni pelajar azhar yang akan masuk tahun 2 & tahun 3. Walaupun saya lebih tua, tapi jauh dari sudut ilmu memang mereka jauh lebih hebat.

Namun mereka ini layan saya sangat baik, terharu pun ada.

1. Nak makan, panggil sampai ke bilik. Kita segan sebab kita tak masak sama. " jom ustaz makan sekali, atau ustaz tunggu sini kami ambik kita makan sekali dalam bilik ustaz"

2. Kalau turun kelas talaqqi, ada yang bagi semangat untuk bertahan,walaupun tak faham ada juga tawar diri nak bantu susun kelas dengan syeikh.

3. Malam malam biasanya tak ada aktiviti sangat, dan saya bosan la sikit malam malam, tapi selalu mereka ajak lepak dan sembang dalam bilik bilik mereka sampai 1 pagi juga sembang. Risau juga ganggu privacy mereka.

4. Selalu onz nk bwk jalan2, trip pun dah plan akhir bulan ni hehe. Moga Allah redha!

Terharu tapi dalam waktu sama takut juga "ketuaan" saya mengambil hak hak mereka. Moga Allah pandulah diri saya untuk menunaikan hak mereka dan menjaga hati mereka. Lama lagi nak tinggal bersama, moga Allah jaga hubungan ini.

Terima kasih semua!
Maaf atas silap spjnjg brteduh disini. 🙏


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments