5 Agenda Yang Mesti Dijaga Oleh Seorang Pelajar

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Seorang pelajar mesti pandai dalam merancang aktivitinya mengikut keutamaan. Yang lebih penting mesti didahulukan daripada yang kurang penting. Yang tidak penting jangan sampai melalaikan perkara yang penting.

Berikut adalah beberapa cadangan agenda yang perlu dijaga rapi oleh seorang pelajar dalam rutin harian 24 jamnya.

1.     Ibadah
Selain belajar, seorang pelajar mesti membina hubungan baik dengan Allah SWT. Tetapkan satu masa tertentu untuk solat sunat dan membaca Al-Quran. Kebersihan hati sangat membantu dalam menjernihkan minda dan menguatkan hafalan. Ibadah terbaik adalah yang dilakukan di tengah malam apabila semua orang masih tertidur.
2.     Membaca
Bagi seorang pelajar, membaca adalah aktiviti yang telah dipastikan. Tidak boleh ada kompromi dalam aktiviti ini. Seorang pelajar yang tekun menyediakan masa 5 jam sehari untuk membaca buku dan menulis idea-idea yang menarik. 
Selain itu, pastikan apa yang anda baca tersimpan dengan baik dalam ingatan. Apa yang anda ingat tidak hilang lagi. Masa yang paling tepat untuk menghafal adalah sebelum Maghrib dan sebelum Subuh.

3.     Riadah
Tubuh kita adalah modal utama kita. Jika tubuh kita sakit, maka semua tugasan tidak dapat dilakukan dengan baik. Justeru, seorang pelajar mesti menyediakan masa untuk beriadah walau hanya dengan homeworkout seperti pushup atau lompat bintang di dalam bilik. Masa terbaik untuk beriadah adalah selepas Subuh dan selepas Asar.

4.     Membaca Berita
Seorang pelajar tidak boleh mengabaikan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia mesti peka dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial di dalam negaranya khususnya. Hal ini demikian kerana dia ialah agen perubahan untuk memperbaiki masyarakat. Bagaimana dia nak perbaiki masyarakat jika dia tidak kenal sifat dan kehidupan masyarakat sekelilingnya? Lakukan aktiviti ini apabila sedang rehat untuk makan siang atau makan malam.

5.     Bergaul
Pergaulan dengan manusia akan melatih kepakaran berkomunikasi dan sikap empati. Pastikan teman-teman yang anda temui merangsang minda dan intelektual, bukan sekumpulan pemuda yang terbiasa dengan membuang masa tanpa faedah. Luangkan masa beberapa jam pada waktu tengah hari untuk tujuan ini. Jika anda di universiti, joinlah usrah atau halaqah yang diadakan, ia juga sebagai satu medan yang sangat bagus untuk membina hubungan yang baik dengan orang-orang yang baik.

In Shaa Allah dengan menjaga 5 agenda ini, seseorang pelajar tersebut akan dapat menikmati proses pelajarannya dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat, jangan lupa share dengan rakan-rakan anda.

Sertai >Telegram Channel @KitaSQ< untuk update terkini content TheFox

Dipetik dan diubah dari Ikon Syabab karya Umar Muhammad Noor

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments