4 Jenis Remaja Pemalas

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Bercakap soal malas dalam kalangan remaja moden hari ini, kita boleh bahagikan kepada tiga isi penting. Tiga ini yang paling banyak mempengaruhi perkembangan seseorang remaja dan masa depannya.
  1. Malas Beribadah
    Ibadah adalah perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim selagi dia bergelar orang Islam. Namun, ada antara kita yang tidak mahu melakukan amal ibadat kerana merasakan nikmat senang yang kita perolehi ini adalah hasil usaha kita sendiri. Lalu sifat sombong mula menjengah ke dalam hati kita. Sedarlah bahawa kita hanyalah hamba yang menumpang seketika di muka bumi Allah ini. Anyata sebab mengapa kita menjadi malas untuk beribadah adalah :

    i) Sering melakukan dosa dan maksiat
    Dalam sehari Allah bagi kita 24 jam, berapa masa yang kita guna untuk beristighfar da bertaubat? Seorang manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Akan tetapi, kita selalu meremehkan dosa sehingga ia menjadi salah satu sebab mengapa kita malas nak beribadah. Tanda-tanda kemurkaan Allah adalah apabila hilangnya halawatul iman iaitu kemanisan iman ketika beribadat. Dengan halawatul iman ini kita tidak akan terasa terpaksa malah bersa begitu seronok beribadat kepada Allah. Jika kita sering melakukan dosa kecil, apatah lagi dosa besar, hati kita mula ditumbuh dengan titik-titik hitam yang akhirnya menyebabkan kita mula malas dan lama-kelamaan meninggalkan ibadah. 

    ii) Kurang mengingati mati
    Remaja masih memikirkan bahawa mereka masih muda dan tidak akan mati. Sedangkan jika difikirkan, pasti ada rakan terdekat atau rakan jauh kita yang sama umur telah pun menemui ajal. Tetapi, ia langsung tidak menyedarkan dan menjadi satu bentuk tarbiah kepada kita bahawa mati ini adalah anytime. Kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematiaan dan bukan hanya menunggu usia tua baru nak menyertai tazkirah di Masjid, baru nak belajar Quran, baru nak sibuk beriktikaf di Masjid dan baru nak mula memperbanyakkan amal. Tidak menjadi kesalahan atau dosa bagi pakcik-pakcik kembali ke Masjid di usia tua mereka sekarang. Itu bukanlah  topik perbincangan kita sekarang, topik kita adalah mengapa remaja kita masih berdegil dan hanyut dengan keduniaan sehingga lupa bahawa mati itu anytime. Entah sempat sampai ke usia tua atau tidak.

  2. Malas Untuk Belajar
    Setiap ibubapa menginginkan yang terbaik daripada anak-anaknya. Mereka sanggup bekerja demi anaknya dapat ke sekolah atau melanjutkan pengajian di Universiti. Dengan harapan anak ini menjadi orang yang berguna suatu hari kelak. Namun, menyedihkan situasi sekarang di mana peratus ponteng sekolah semakin meningkat dan tidak terkawal, manakala di Universiti pula anak-anak sibuk membuang masa dalam percintaan atau gaming sehingga terabai akademiknya. Alangkah luluhnya hati ibubapa tatkala mendapat tahu sikap anak seperti ini.

  3. Malas Berusaha
    Jika hendak senang, hendaklah berusaha. Kata pepatah arab, man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda. Sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. Kita berimpian nak jadi itu nak jadi ini, tapi kita malas nak belajar, malas nak berusaha dan malas nak proaktif. Semuanya mengharapkan orang lain menyuap kita. Adakah apa yang kita impikan akan tercapai dengan cara ini?

  4. Malas Berdakwah
    Situasi dalam kalangan masyarakat hari ini amat menyedihkan apabila semua tidak lagi menitikberatkan kepentingan untuk saling nasihat menasihati atau saling menjalankan amar makruf nahi mungkar. Akibatnya, lahirnya remaja kita pada hari ini yang sudah malas nak tegur rakannya sedangkan dirinya sudah okay dalam amal dan takwa. Bukankah ini suatu kezaliman buat dirinya sendiri juga kerana tidak mencegah perbuatan rakannya dengan menasihatinya? Rakanlah orang yang paling mudah untuk menasihati rakannya yang lain, yang mungkin terpesong, yang melakukan dosa dan mungkin juga kerana terlupa. Contohnya, dia sanggup membiarkan rakannya bercouple, malah memuji rakannya kerana laku, sedangkan dia tahu bahawa couple itu haram dan dia sendiri berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya tetapi dia membiarkan rakannya melakukannya.
Ayuh Rijal! Bangkitlah! Buang sifat malasmu itu! Agar menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat!

Dipetik dan diubah dari Coconut Shake Satu! karya Fedtri Yahya >Dapatkan buku Coconut Shake Satu di Shopee: RM20 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments