#DiariMesirUstazAfdhal : Road To Buuth

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ada 4 cara untuk datang belajar di Mesir.
1. Masuk Azhar Dengan STAM
2. Masuk Ulum Dengan SPM ( Ada Yuran)
3. Masuk Maahad Buuth (Sekolah Bawah Azhar)
4. Masuk Markaz Lughoh

Saya datang kesini melalui jalan 4 iaitu masuk Markaz Lughah, tapi plan asal nak masuk melalui Maahad Buuth, tetapi tak tahu cara dan bila tanya konsultant yang ada semua agak mahal.

So cara nak datang sendiri tanpa orang tengah adalah melalui Markaz Lughoh tapi still complicated la urusannya tapi Insha Allah dimana ada kemahuan disitu ada highway Plus. Namun isu akan timbul bila datang tidak dibawah naungan Azhar ni Visa hanya sah 3 Bulan, dan untuk renew visa setiap 3 bulan di Mesir memerlukan kesabaran dan keteguhan level super saiya. Boleh jadi anda akan pasrah dan hidup tanpa visa dan balik malaysia dengan tawakal.

Tapi Alhamdulillah, memang plan nak cuba daftar maahad bila sampai kat sini untuk dapat ruang belajar dan juga visa yang lebih lama.
Hari ini Allah temukan dengan pelajar Malaysia yang bantu bawa dan uruskan untuk pendaftaran. Dari pukul 8 AM - 3.00 PM jugalah, naik bas, van, jalan kaki, uber semua. Kehulu kehilir. Itu pun tak sempat selesai, esok sambung lagi. Dan keputusan DITERIMA ATAU TIDAK pun hanya Allah yang tahu bila akan dapat tahu. Ada orang kena tunggu Setahun, Ada Orang tunggu berbulan dan Ada Orang tunggu berminggu sahaja Nama naik sebagai pelajar Maahad Buuth. Moga saya yang berminggu juga. Hehe

Ada orang tanya, masuk Maahad kalau nak habis 2-3 tahun juga, baiklah terus sambung di Malaysia sahaja.Rugi masa je.

Jawapan saya :
1. Bukan nak sangat sijil atau tamat belajar tu, tapi lebih kepada pengalaman dan skill kehidupan. Tak habis pun tak apa.
2. Belajar dan talaqqi diluar kuliah tu lebih banyak disini nak dibandingkan yang formal.
3. Keluarga kecil saya yang banyak push untuk pilih jalan ni,pengorbanan & pelaburan untuk kebaikan kami sekeluarga.

Doakan kami.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments