#DiariMesirUstazAfdhal : Guru Tanpa Syeikh, Habib & Baba

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Semalam pillowtalk dengan adik adik azhar disini..
" kelas syeikh 'fulan' ni ramai orang tak?"
" kelas syeikh ni tak ramai macam kelas habib atau baba, kalau datang lambat pun masih boleh duk depan"
" eh, kenapa macam tu"
" wallahualam la ustaz, mungkin syeikh ini tak femes sangat macam syeikh kabir yang lain, dia kadang kadang datang ngajar pakai seluar dan kemeja je tapi bagi kami dia memang zuhud dan kami mudah faham kelas dia, tapi mungkin orang lebih suka dengan masyayikh yang mashur"

Termuhasabah seketika, sebelum ini pernah juga sembang dengan pelajar azhar lain, bertanya kenapa tak pergi kelas di azhar..
" biasanya syeikh besar ajar tahun 3 tahun 4,tahun 1-2 ni jarang syeikh besar ajar, so rasa kurang sikit la.."

Rasa seperti tak kena Jawapan tu. Tapi sebelum nak salahkan orang lain, Allah ketuk balik hati.. Teringat ketika mula mula daftar Markaz Lughah disini,sedikit tak puas hati dengan pengurusan hingga hormat pada guru guru disini pun tereffect, tambah lagi mereka bukanlah berjubah dan berserban merah putih.

" slow la ustaz ni mengajar, macam lengah lengah masa je.. Hmm"

Terbawa bawa su'udzon pada mereka malah tidak berikan hormat yang sepatutnya pada mereka
"baik belajar arab dengan syeikh azhar jela kat luar "

Tapi sebenarnya banyak sangat benda baru yang diajarkan beliau.Rasa bersalah juga ketidak puasan hati pada teknikal part, terbawa hingga perasaan pada orang yang mengajar kita.

Siapa pun mereka, ada gelaran atau tidak, kabir ke soghir, berjubah atau tak, guru tetap guru.

Memilih guru itu saya tak nafikan satu perkara yang penting, namun jangan sampai kita merendahkan sesama guru kita, kita pandang lekeh pada guru guru kita dan kita membandingkan mereka tanpa nilai kehormatan dan akhlak tolibul ilmi.

Kunci kefahaman terletak kepada ikhlas lillah, hormat pada guru kita dan sebarkan manfaatnya buat semua.

Moga Allah berkati guru guru kita.
Gambar Ustaz Ibrahim, guru Bahasa Arab saya disini.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Post a Comment

0 Comments