#DiariMesirUstazAfdhal : Ana Dhoif Giddan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Talaqqi kedua yang menjadi rutin rumah pahang ini selain bersama Habib Ahmad Al Maqdi Hafizahullah, ada kelas bersama Baba Mokhtar Al Fatani Hafizahullah .

" Ustaz nak turun kelas Baba ke ? " tanya ahli rumah.
" Nak cuba Insha Allah , kelas Habib ana tak faham sangat , kelas Baba guna bahasa kita Insha Allah kot boleh faham "
" Selamat Berjuang Ustaz! " ( gaya macam kena mujahadah tinggi juga kelas kali ini )
" Kitab apa dah malam ni?"
" Kitab Mausul Tullab Qawaid I'rab "
" Dalam hati ( .. Kitab apa tu , bunyi ada i'rab tu nahu la kot ) "

Cari Pdf download. Baba Mokhtar jiran bilik sahaja , selalu jumpa . Sempat bertegur juga sekali dua. Cuma Baba macam pelik tengok saya , mungkin muka tua sangat tiba tiba duk dalam asrama dengan pelajar lain. Dan Alhamdulillah pengajian kali ini masih bab awal , rasa lega la sikit tapi seperti kehebatan alim fathoni yang lain, baba pasti akan mensyarahkan kitab bi harfin. Detail setiap part.

" Kalu baca laju , tok faham . Kitab ni tok buleh baca laju , nak buat daurah pun tak sesuai "

Alhamdulillah ada dalam 10% yang saya faham dan lebih baik dari Kelas sebelum ini . Yang penting, Baba buat lawak saya boleh gelak. Mungkin kitab ini terlalu advance untuk saya tapi yang saya nak sebenarnya hanyalah suasana nasihat dan barakah.

Ada timbul di dalam hati , rasa lemah rasa dhoif jiddan ( giddan orang mesir sebut ) . Bila sembang dengan adik adik azhar pun , macam macam kitab mereka tahu, ada yang hafal pelbagai matan . Beruntung sangat mereka , rasalah lemah bila dalam likungan azhari. Tapi teringat balik nasihat sahabat sahabat dan guru bila mana nak datang mesir ini.

" dalam belajar , tak pernah ada had umur. dan tak pernah terlambat selagi tak mati "

Tapi saya tetap bersyukur , layanan adik adik azhar disini buat saya terharu. Bantu pelbagai sudut , tolong masak , bawak pergi cari jubah , bawak cari kitab , sembang sampai 1-2 pagi . Next insha allah nak minta mereka ajarkan kitab kitab asas yang mereka dah belajar.

Itu target saya di Mesir ini , selain Arab nak khatam semua kitab kitab asas Azhar. Tak jadi azhari pun tak apa , asalkan belajar apa yang mereka belajar.

Doakan saya.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments