Siapa Idola YB?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ternampak baru-baru ini di IG, sebuah video seorang wartawan bertanya kepada seorang YB, "siapakah idola YB?"

Innalillah, entah atas sebab apa YB tersebut terus menjawab, "Sudah tentu yang pertama sekali adalah ibu saya. Kemudian pemimpin dunia Mahatma Gandhi & Sayyid Ali Hosseini Khamenei"

Allahu, at first bila dengar YB tersebut menjawab seperti itu, terdetik dalam hati kecil ini sebuah kekecewaan. Ya lah kan, kita expect mungkin dijawabnyalah idola itu adalah pemimpin dunia terbaik yang telah pun diangkat oleh kebanyakan sejarawan barat sekalipun iaitu Muhammad Rasulullah SAW. Hmm ternyata tidak.

Yang dijawabnya adalah Mahatma Gandhi, seorang negarawan yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya dalam perjuangan tanah airnya & juga Sayyid Ali Hosseini Khamenei, seorang ahli politik & 'sayyid' terhormat di Iran yang sangat digeruni oleh masyarakat Syi'ah disana.

Namun, kemudian aku tertanya-tanyalah di manakah kedudukan Rasulullah SAW pada hati YB tersebut. Tapi kemudian, aku malas nak bahas tentang hati orang. Bukan di kuasa aku untuk menilai mengapa beliau menjawab seperti itu pada wawancara tersebut. Mungkin ada sebab & skop tersendiri, walaupun pada hakikatnya, ya mungkin itu adalah peluang untuk YB tersebut menyerlahkan & berdakwah tentang kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW, tapi tidak dilakukan olehnya.

So aku pun membuat keputusan untuk mengambil ibrah perkara ini dalam sisi yang satu lagi, yang lebih dekat dengan diri aku sebelum aku nak menilai tentang hati orang yang aku sendiri pun tidak mengenali YB tersebut dengan lebih dekat.

Dan sisi tersebut adalah, cuba kita tanya diri kita sekarang. Cuba kita letakkan diri kita sekarang di tempat YB tersebut. Andai kata jika ada orang bertanya kepada kita, "siapakah idola awak?" adakah mampu mulut kita ini untuk jawab, "Muhammad Rasulullah SAW"?

Sebab yang dikatakan idola itu adalah orang yang betul-betul kita kenal, orang yang betul-betul kita nak ikut jejak langkahnya, orang yang betul-betul hebat & dikagumi oleh diri kita. Malah, menurut Dewan Bahasa & Pustaka sendiri, idola bermaksud orang yang sangat diminati (dikagumi dsb).

Persoalan timbul kembali, sejauh mana aku kenal Rasulullah SAW? Sejauh mana aku faham perjalanan & perjuangan Baginda SAW? Sejauh mana aku mengamalkan sunnah Baginda SAW? Bukankah sosok inilah yang disebutkan di dalam Surah Al-Ahzab, surah yang ke-33, ayat 21 sebagai "Uswatun Hasanah", contoh ikutan yang terbaik? Means that, Allah SWT sendiri telah menggalakkan para hambaNya untuk mengangkat Muhammad Rasulullah SAW ini sebagai idola dalam hidup mereka dalam semua perkara, tidak kiralah bila ditanya "siapakah idola kamu dalam politik/rumahtangga/masyarakat/kebajikan & skop yang lain sekalipun", sebab Baginda SAW memang "Uswatun Hasanah"!

Setakat mana sahaja usaha aku mengenali baginda? Setakat mana sahaja usaha aku menyebarkan risalah baginda? Betul ke Muhammad Rasulullah SAW ini idola aku? Kalau betul, kenapa masih tak "cukup kenal" tentang baginda?

Dan begitulah aku mengakhiri kejadian YB ini dengan berbalik tanya kepada diri aku.

Sedih, memang sedih. Masyarakat sekarang, tidak kira yang tua mahupun muda zaman sekarang sudah tidak lagi mengangkat Rasulullah SAW menjadi idola mereka. Seerah baginda SAW tidak lagi ditelusuri dalam rumah-rumah mereka, anak-anak barangkali mungkin hanya "tahu" nama Rasulullah SAW. Anak-anak mungkin "hafal" lagu anak Rasulullah ada 7 org. Tapi tidak semua menekankan bahawa sosok inilah yang sepatutnya dijadikan uswatun hasanah dalam diri anak-anak bila anak-anak ini membesar.

Yang diceritakan atau didedahkan kepada anak-anak tersebut dengan lebih "mendalam" mungkin hanyalah kisah-kisah kehebatan palsu seperti Spiderman, Batman, Superman, atau mungkin membesar dengan kehebatan kisah perjuangan Mahatma Gandhi, Steve Jobs, Jeff Bezos & yang lain-lain. Dan akhirnya anak itu membesar dengan cerita-cerita mereka & kemudian menjadikan mereka-mereka ini pula sebagai idola mereka melangkaui Rasulullah SAW sendiri, innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Moga generasi ini dapat di"ubah" & di"ubati" segera, aamin In Shaa Allah. Wallahualam.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments