Sabar vs Pasrah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mungkin ada antara kita yang melihat seakan-akan tiada beza antara kesabaran dengan kepasrahan. la sebenarnya berbeza.

Orang yang pasrah akan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa ketika menghadapi musibah atau kesulitan.

Sementara, orang yang sabar akan menerima setiap kesulitan dan masalah, kemudian berjuang tanpa henti hingga masalah diselesaikan.

Orang yang sabar tidak akan berputus asa dan terduduk ketika kehilangan sesuatu yang dimilikinya. Dia juga tidak akan berdiam diri ketika kesulitan menghimpitnya, dan tidak pernah berasa khuatir atau resah kerana tidak mendapatkan apa yang diinginkannya.

Sementara orang yang pasrah akan terperosok dan kehilangan semangat ketika kehilangan sesuatu yang dimilikinya. Ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan, dia marah dan gelisah. Dia terikat pada apa yang diinginkan sehingga ketika tidak berjaya mendapatkannya, dia seakan-akan kehilangan daya hidupnya. Rasa terikat pada sesuatu yang dimiliki dan obsesi mendapatkan sesuatu yang belum dimiliki adalah tanda lemahnya iman.

Iman yang sahih membuat seseorang tetap tegak berdiri, tidak sekadar mengikuti ke mana angin berhembus, dan tidak runtuh oleh apa-apa goncangan.

Apabila diperhatikan orang yang tidak goncang atau putus asa ketika ditimpa musibah, kita akan melihat bahawa setiap kali kesulitan menimpa, mereka selalu memandang kepada kebaikan pada setiap kehilangan dan selalu berusaha mencari hikmah. Sikap dan perilaku seperti itu memungkinkan mereka selalu dapat menempuh kegelapan.

Seberat apa pun beban dan masalah menghimpit, mereka selalu melihat ada peluang untuk keluar sebagai PEMENANG.

[Muhammad Al-Ghazali - Hiduplah untuk Hari Ini]

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments