Hadis 17 : Berbuat Baik Dalam Semua Urusan | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus RA daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ihsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka ihsanlah dalam bunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka ihsankanlah dalam penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan pisaumu dan rehatkanlah haiwan sembelihanmu." (HR Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Hukum Ihsan - ianya adalah wajib kerana mengikut istilah "kitabah=diwajibkan" yang digunakan di dalam hadis ini (Juga digunakan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 dan Surah An-Nisa' ayat 103)

  2. Beberapa pengertian Ihsan:
    a. Memberi manfaat kepada orang lain. Ada antaranya yang wajib dan ada yang sunat.
    b. Teliti & sungguh-sungguh dalam membuat sesuatu. Contohnya dalam masalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan batin (yang paling sempurna).

  3. Ihsan dalam Hukuman Bunuh
    a. Memperelokkan cara bunuh tersebut iaitu dengan menggunakan cara yang paling mudah dan paling cepat mati.
    b. Tujuannya ialah untuk tidak menyeksa orang yang kena bunuh itu.
    c. Cara terbaik untuk manusia ialah dengan memenggal lehernya (kajian saintifik menunjukkan perbandingan antara elektrik, suntikan, gantung dan tembakan; cara memenggal adalah cara yang paling tidak menyakitkan).

  4. Ihsan pada sembelihan adalah dengan menjaga syarat wajib dan sunat seperti:
    a. Alat yang digunakan mestilah tajam (bukan tulang atau kuku).
    b. Putus tiga urat (serentak) iaitu halqum, marih dan wadajain.
    c. Membaca Bismillah (Surah Al-An'am ayat 121)
    d. Berkeahlian untuk menyembelih - muslim, berakal, baligh atau ahli kitab.
    e. Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
    f. Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya dan tidak pula melampau semasa menyembelih (putus kepala).

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments