Hadis 16 : Jangan Marah | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW: "(Ya Rasulullah), nasihatilah aku." Beliau SAW bersabda: "Jangan engkau marah." Beliau menyanyakan hal itu berkali-kali. Beliau SAW tetap bersabda: "Jangan engkau marah." (HR Bukhari)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Hadith ini iala tentang sifat marah. Marah merupakan suatu bentuk emosi yang memang lumrah atau alami ada pada setiap manusia, namun wujudnya berbeza-beza. Secara istilah, اللغضب bererti perubahan emosi oleh kekuatan untuk menghilangkan perasaan tidak nyaman dan gemuruh di dada.

  2. Kemarahan (murka) Allah - telah thabit (tersebut) sifat ini ada pada Allah dan tidak boleh dita'wil lagi, seperti mana di dalam Al-Quran (Surah Al-Fath, ayat 6 & Surah Taha, ayat 81). Cuma apa yang perlu diimani ialah sifat marah Allah adalah tidak sama dengan sifat marah makhluk.

  3. Sifat marah yang dicela ialah marah yang lahirnya di luar kawalan dan mengikut hawa nafsu dan diiringi dengan maki hamun, mencela, memukul dan lain-lain.

  4. Sifat marah yang dipuji ialah apabila marah demi untuk mempertahankan yang haq, bila melihat kemungkaran dan berdepan dengan apa yang dibenci oleh Allah. Contohnya ialah kisah Nabi Musa AS memarahi kaumnya yang telah menyembah anak lembu, kisah Nabi Yunus AS bersama kaumnya dan lain-lain.

  5. Sifat marah yang tercela boleh diuruskan. Cara untuk menghilangkan sifat marah ialah:
    a. Doa - agar dibimbing oleh Allah SWT.
    b. Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dan lain-lain.
    c. Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah SWT dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya dengan janji bidadari di Syurga dan lain-lain.
    d. Ta'wiz (meminta lindung kepada Allah dari syaitan) dan dengan mengambil wudhu'.
    e. Dengan mengubah kedudukan dari berdiri kepada duduk dan seterusnya kepada berbaring.
    f. Berikan hak badan yang secukupnya seperti tidur, rehat dan tidak memenatkan badan.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments