بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya." (Riwayat al-Bukhari, no. 5672 dan Muslim, no. 47)
Pokok Perbincangan Hadis
- Hadith ini mengajak kepada pergaulan yang baik:
a. Perlunya menyebarkan kasih sayang dan mengeratkan ikatan mahabbah sesama ummat Islam dan kepada seluruh manusia.
b. Pergaulan baik yang diajarkan ialah menjaga lidah, memuliakan jiran dan memuliakan tetamu. - Bagaimanakah caranya untuk menjaga lidah?
a. Caranya ialah dengan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Sekiranya perkara itu dibolehkan tetapi tidak membawa kepada apa-apa kebaikan jika diperkatakan, maka diam adalah lebih baik.
b. Jika ia membawa kepada kebaikan, maka ketika itu bercakap adalah lebih baik dari diam. - Bagaimanakah caranya memuliakan jiran?
a. Wasiat mengenai jiran - terdapat banyak hadis lain yang menceritakan tentang jiran. Antaranya ialah wasiat malaikat Jibril AS kepada Nabi SAW sehingga Nabi SAW menyangka jiran boleh mewarisi harta selepas kewafatan Baginda SAW.
b. Larangan menyakiti jiran - terdapat juga hadis-hadis yang melarang dari menyakiti jiran contohnya menaikkan rumah lebih tinggi dari rumah jiran dan membina sesuatu yang menghalang angin ke rumah jiran.
c. Cara ihsan kepada jiran antaranya ialah dengan memberi hadiah, memberi salam, senyum ketika berjumpa, menolong ketika susah dan lain-lain. - Apakah martabat-martabat jiran dan hak mereka?
a. Jiran Muslim yang mempunyai pertalian keluarga. Jiran begini tertanggung pada mereka ke atas kita hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
b. Jiran Muslim sahaja. Jiran begini tertanggung pada mereka hak jiran dan hak Islam.
c. Jiran Bukan Muslim. Jiran begini tertanggung pada mereka hak jiran. - Bagaimana pula untuk memuliakan tetamu?
a. Hukumnya adalah wajib dalam tempoh tiga hari. Selepas tiga hari, ia menjadi sunat. Walaubagaimanapun, terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini.
b. Adab-adab melayani tetamu. Rujuk hadis-hadis & kisah Nabi Ibrahim AS yang melayani tetamunya, malaikat (Surah Hud, ayat 69-71).
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments