#DiariMesirUstazAfdhal : Suci Dalam Debu Kota Kaherah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Sudah 3 kali Jumaat dibumi Mesir atau khususnya di Kaherah, namun jiwa masih meronta ronta mencari rentak dan kekuatan, bukan kerana faktor keluarga dikejauhan tapi lebih kepada faktor untuk menerima realiti masyarakat arab mesir Kaherah.

Beberapa kali sudah "dilipak", dilipak pemandu teksi, dilipak pemandu van, dilipak rumah sewa, dilipak tukang rumah, dilipak penjual makanan, dilipak bawwab penjaga rumah. Dilipak dan dilipak. (dilipak - bahasa Pantai timur membawa masuk ditipu).

Dah fight sewa rumah dengan harga sekian termasuk bayaran.. Dah sign kontrak dia up lagi.. Dah jumpa penjaga rumah kena bagi lagi..

Naik van cakap nak pergi tempat A, bila kita naik dia ajak orang lain pergi tempat B. Bila dalam van lebih ramai tempat B, dia tinggal je penumpang yang nak pergi A tepi jalan.

timbul sangkaan dalam jiwa
" mungkin ini juga sebab ramai pelajar Malaysia memilih untuk pasif dan berkurung dirumah atau hanya hidup sekitar masyarakat melayu",

Namun saya tetap tidak berpuas hati dengn penemuan saya dengan arab mesir kaherah ini, rasa macam " mereka sebenarnya lebih baik dari ini, saya je belum cukup baik untuk melihat vibe yang baik"..Mungkin perkara ini berlaku pada saya disebabkan..

1. Komunikasi yang masih lemah dan tidak meyakinkan.
2. Diri gagal untuk mengejar rentak orang tempatan yang lebih aktif dan tahan lasak.

Ada 1 ungkapan pelajar azhar kepada saya bila meluahkan isi hati berkaitan mereka.

" arab mesir kaherah ini bercampur aduk ustaz dari macam macam tempat, keadaan disini agak tertekan bagi masyarakat, jurang kemiskinan yang kritikal membuat mereka terpaksa jadi macam ni ustaz untuk survive, tapi kalau ustaz keluar dari kaherah pergi ke Kampung kampung ustaz akan jumpa arab mesir yang baik"

Kesimpulannya,dimana mana tempat pun tak lari dengan situasi sebegini. Sangat bergantung kepada usaha sendiri dan kapasiti dalaman kita untuk berdepan dengan kehidupan sebegini.

Yakinlah, jika dibumi ini lahirnya Firaun & Qarun. Maka pasti ada Musa & Yusuf AS. Moga Allah ketemu sinar indah bumi kaherah ini. AMEEN.

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments